‘Abdullah ibn Umar (10 S.H.–73 H./613 M.–692 M.), salah seorang daripada sahabat besar. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn Umar bin al-Khattab. Walau bagaimanapun, dia tidak berkesempatan untuk berperang dalam Perang Badar dan Uhud lantaran usianya yang masih kecil. Dia mula berjuang dalam Perang Khandaq dan dia ikut serta dalam kesemua perang bersama-sama Rasulullah SAW. Dia juga mempunyai hubungan yang rapat dengan Rasulullah SAW berikutan kedudukan bapanya dan kakaknya Hafsah sebagai Umm al-Mukminin. |