| DENG XIAOPING | Deng Xiaoping (1904–1997), dieja juga sebagai Teng Hsiaop’ing, tokoh yang berpengaruh di China. Pada teorinya, Setiausaha Agung Parti Komunis China, ialah jawatan yang sangat berkuasa. Namun pemimpin-pemimpin China berunding dengan Deng mengenai semua isu dan keputusan penting yang menjadikannya seorang ketua yang utama. Pengaruhnya telah membolehkannya membawa perubahan utama kepada China. Deng tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan China tetapi masih lagi berpengaruh. | UMUM | |
| EMPEDOCLES | Empedocles (495? SM–435? SM) ialah ahli falsafah Yunani awal. Dia bersetuju dengan pendapat Parmenides, iaitu ahli falsafah Yunani yang berpengaruh, bahawa sesuatu yang wujud itu tetap kekal dan tidak berubah. | UMUM | |
| MENCIUS | Mencius (390? S.M.–305? S.M.) ialah ahli falsafah Cina yang utama. Dia merupakan salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam perkembangan falsafah Cina yang dikenal sebagai Konfusianisme. Mencius paling terkenal kerana keyakinannya bahawa sifat semula jadi manusia adalah baik. Dia juga percaya bahawa rakyat sesebuah negara mempunyai alasan apabila menggulingkan atau malahan membunuh raja yang zalim. Mencius mentakrifkan raja yang zalim sebagai orang yang mengabaikan kebajikan rakyat dan memerintah mereka dengan tidak bertimbang rasa. Kebanyakan gagasan Mencius terdapat dalam Mengzi (juga dieja Meng-tzu), buku yang mungkin merupakan koleksi ajarannya. | UMUM | |
| NORODOM SIHANOUK | Norodom Sihanouk (1922– ) ialah raja Kemboja. Baginda mula-mula menjadi raja pada tahun 1941, tetapi turun takhta pada tahun 1955 untuk memasuki politik. Sihanouk mengambil semula gelaran raja pada tahun 1993, berikutan kepulangannya dari pembuangan negara di China. Di bawah syarat Perlembagaan 1993 Kemboja, raja berfungsi sebagai “simbol perpaduan dan kesinambungan negara”. Baginda hampir tidak berpengaruh dalam hal ehwal harian negara, tetapi mendapat sokongan majoriti rakyat Kemboja. | UMUM | |
| PAINE, THOMAS | Paine, Thomas (1737–1809) ialah penulis risalah, pejuang politik, dan penulis politik dan agama Amerika kelahiran Inggeris yang terkenal. Tulisannya mempengaruhi pemikiran politik pemimpin Revolusi Amerika, dan dia menjadi tokoh terkenal di Paris semasa Revolusi Perancis. Bekas Presiden Amerika Syarikat, John Adams menulis pada tahun 1806, “Saya tidak kenal sebarang orang di dunia yang lebih berpengaruh terhadap kehidupan atau hal ehwal yang berlaku di dunia selama 30 tahun yang lalu berbanding Thomas Paine”. | UMUM | |
| MURABITUN, KERAJAAN | Murabitun, Kerajaan merupakan satu daripada kerajaan Islam yang muncul dalam lingkungan masa di antara tahun 448 hingga 541 H. bersamaan tahun 1056 hingga 1147 M., di sebelah barat laut benua Afrika. Beberapa kabilah iaitu Sanhajah, Lamtunah, Masufah dan Jadalah al- Barbariyyah telah bersatu pada abad ketiga Hijrah. bersamaan abad kesembilan Masihi. Antara tujuan penyatuan ini adalah untuk berusaha menyusun urusan perdagangan antara kafilah-kafilah yang melalui padang pasir – iaitu di antara bahagian utara terletaknya wilayah Walata dengan bahagian selatan terletaknya kerajaan Ghana. Namun, penyatuan ini tidak dapat bertahan lama, malah ia menjadi lemah dan seterusnya runtuh. Ghana telah mengambil peluang di sebalik keruntuhan ini dan menjadi semakin berpengaruh. Seterusnya, Ghana berjaya menguasai beberapa bahagian di padang pasir yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Barbar dan Arab. | UMUM | |
| FUNAN | FUNAN, kerajaan Melayu tua yang ditubuhkan pada abad pertama Masihi. Funan merupakan sebuah kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu. Batu bersurat Funan yang pertama ditemui dalam bahasa Sanskrit selepas satu abad setengah daripada atrikh penubuhannya oleh seorang brahmin yang berkahwin dengan seorang puteri Funan. Nama asal Funan tidak diketahui tetapi perkataan tersebut disesuaikan dengan sebutan Cina daripada perkataan Khmer “bnam” atau “phnom” yang bermaksud gunung. Pusat kerajaan Funan terletak di kawasan delta Sungai Mekong. Pada masa kemuncak kekuasaannya wilayah Funan meliputi Vietnam Selatan, bahagian tengah Mekong, sebahagian besar lembah Sungai menam dan Semenanjung Melayu. Seperti Campa, Funan merupakan sebuah persekutuan daripada beberapa buah negeri kecil yang berpengaruh Hindu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |