Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MORGANWG, IOLO

Morganwg, Iolo (1746–1826) ialah nama

samaran bagi Edward Williams, pujangga (penyair

dan penyanyi) Wales dan juga pengkaji bidang

kepurbaan. Teorinya tentang tradisi purba

pujangga Wales mempengaruhi penubuhan

Gorsedd (takhta), iaitu majlis pujangga Wales.

Eisteddfod Wales moden (perayaan tahunan) juga

berpunca daripada karya Morganwg. Iolo

Morganwg mengasaskan sesetengah ideanya

daripada punca yang tidak boleh dipercayai,

tetapi karyanya ketika itu diterima oleh ramai

orang Wales. Dia lahir di Llancarfan, di Glamorgan

Selatan.

UMUM 
SKEPTISISME

Skeptisisme adalah pergerakan falsafah pada

zaman Yunani. Kumpulan ini mencuba melemahkan

kepercayaan dalam pemerhatian dan taakulan,

sebagai panduan yang boleh dipercayai untuk

memahami dunia, dan mereka bertegang leher

tentang semua kumpulan falsafah dogmatik.

Mereka percaya bahawa manusia dapat

memastikan cara pemerhatian mereka tetapi tidak

dapat memastikan bahawa pemerhatian mereka

membayangkan dunia nyata. Mengikut kumpulan

Skeptik, manusia mesti mengetepikan keputusan

tentang kebenaran atau kepalsuan dalam

persepsinya.

UMUM 
TANGKAL

TANGKAL, sesuatu yang digunakan untuk menjauhi bala atau sesuatu yang buruk.  Di sesetengah tempat, tangkal disebut sebagai azimat.  Sebelum datangnya era sains dan teknologi, masyarakat Melayu pada umumnya masih dipengaruhi dengan kepercayaan bukan saintifik.  Oleh sebab masyarakat Melayu pada zaman dahulu lagi tidak memahami sepenuhnya tentang hukum-hukum alam di sekitarnya, maka perkara yang tidak difahami dikatakan berpunca daripada kuasa ghaib.  Kuasa ghaib atau halus yang bersifat negatif dipercayai boleh menyebabkan seseorang itu berkeadaan tidak stabil, tidak mempunyai kuasa atau lemah semangat.

BUDAYAKepercayaan
SPIRITUALISME

Spiritualisme ialah kepercayaan bahawa roh

orang yang telah mati boleh berhubung dengan

orang yang masih hidup. Kepercayaan ini wujud

dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia.

Pergerakan spiritualis moden bermula di Amerika

Syarikat pada tahun 1848. Pada tahun tersebut, dua

orang wanita adik-beradik bernama Katherine dan

Margaret Fox, dari Hydesville, dekat Rochester,

New York, mendengar bunyi ketukan dalam rumah

mereka. Mereka tidak dapat mengesan punca yang

boleh menyebabkan bunyi ketukan itu. Kedua-dua

wanita adik-beradik itu berikhtiar membuat satu

kod untuk mentafsirkan bunyi ketukan itu supaya

mereka dapat berhubung dengan roh yang

dipercayai cuba menghantar isyarat kepada

mereka. Peristiwa yang berlaku di Hydesville itu

membawa kepada penubuhan beberapa

pertubuhan bebas di bawah anjuran gereja dan

juga kumpulan falsafah yang lain yang bertujuan

untuk mengemukakan idea tentang spiritualisme.

UMUM 
KELUCAHAN DAN PORNOGRAFI

Kelucahan dan pornografi ialah istilah yang

digunakan bagi merujuk bahan yang ditulis,

direkod, atau bergambar – termasuk filem – yang

dianggap oleh kebanyakan orang sebagai tidak

sopan dan dengan melihatnya sebagai menjelikkan.

Istilah kelucahan boleh juga merujuk kepada

bahasa atau tingkah laku yang dipercayai

merosakkan moral orang awam. Istilah pornografi

terutamanya merujuk, kepada bahan bercetak atau

gambar lucah yang tujuan utamanya adalah jelas

untuk menimbulkan keghairahan seks.

UMUM 
SYAIR MADI

SYAIR MADI, puisi Melayu tradisional, Syair ini dipercayai telah dikarang oleh Raja Abdullah bin Raja Jaafar, dari Riau. Beberapa versi daripada syair ini boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Nasional Jakarta dan Perpustakaan University Leiden. Versi di Perpustakaan Negara Malaysia diberi nombor MS 429. Naskhah ini tidak lengkap, ada bahagian yang hilang bahkan penyalinnya tidak menyelesaikan syair ini pada keseluruhannya. Naskhah di University Leiden, Belanda diberi nombor KL 131.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas