Menara Condong Pisa ialah sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4 meter daripada garisan asal apabila diukur daripada tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil. Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun 1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan 1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina. Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera. |