Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELDAI

Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka

jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika

adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan

seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali

kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih

kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya

berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di

sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini

adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil,

dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak

baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza

saiz, warna dan bulunya.

UMUM 
PANDA

Panda ialah nama dua jenis haiwan Asia. Kedua-

duanya agak tidak serupa dengan satu sama lain.

Panda raksasa ialah haiwan yang besar dan

berwarna hitam-putih. Panda Merah yang juga

dikenali sebagai panda kecil berwarna perang

kemerahan dan lebih kecil. Kedua-duanya hidup

dalam hutan buluh di cerun tinggi gunung di barat

dan di barat daya China. Panda merah juga tinggal di

Nepal, utara India, dan utara Burma. Panda raksasa

ialah haiwan nadir dan dilindungi oleh undang-

undang di China. Tabung Antarabangsa bagi Alam

Semula Jadi (dahulunya Tabung Hidupan Liar

Dunia), sebuah pertubuhan antarabangsa bagi

perlindungan hidupan liar telah menerima pakai

panda raksasa sebagai simbolnya.

UMUM 
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 
SIKLAMEN

Siklamen ialah nama sekumpulan tumbuhan

yang menarik yang tumbuh liar di kawasan

Mediterranean di Eropah. Siklamen tumbuh di

hutan jarang dan di kawasan berbatu berserta

belukar. Terdapat 17 spesies siklamen. Ia ditanam

di luar sekiranya iklim mengizinkan, atau ditanam

dalam pasu. Ia tumbuh daripada ubi (batang bawah

tanah). Daunnya berbentuk hati atau berbentuk

kacang dan mempunyai petiol (tangkai daun) yang

panjang. Bunganya berwarna putih, samar, atau

ungu dan tidak berbau wangi. Panjangnya sehingga

6.5 sentimeter.

UMUM 
MINK

Mink ialah mamalia kecil yang berbadan kurus

dan berkaki pendek. Beratnya dari kira-kira 0.5

kilogram hingga satu kilogram. Panjangnya

berbeza-beza dari kira-kira 50 sentimeter hingga 65

sentimeter, tidak termasuk ekornya yang berbulu

lebar. Mink liar berbulu perang. Tetapi mink yang

diternak telah dibiakkan bakanya untuk mempunyai

bulu berwarna hitam, biru, kelabu-perak, dan

putih. Kulit bulu mink musim sejuk telah lama

diperlukan oleh industri bulu, yang

menggunakannya untuk membuat cape, kot, stole,

dan pakaian lain.

UMUM 
MUSTANG

Mustang ialah nama kuda tertentu yang merayau-rayau

di beberapa bahagian di barat Amerika.

Mustang adalah keturunan kuda Sepanyol yang

dibawa ke Amerika oleh penjelajah Sepanyol.

Mustang mungkin berasal daripada perkataan

Sepanyol meste~nos, yang bermakna kuda liar, atau

kuda tidak bertuan .

Lihat juga Koboi (Kudanya); Kuda (Kuda liar).

UMUM 
PAKU PAKIS

PAKU PAKIS, nama umum tumbuhan liar yang tidak berbunga. Di kalangan penduduk tempatan, tumbuhan ini hanya dikenal sebagai pokok (pucuk) paku.

BUDAYAFlora dan Fauna
GETAH HUTANGETAH HUTAN, getah daripada tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan. Walaupun tidak mempunyai nilai komersil, getah hutan sangat berguna khususnya kepada masyarakat yang bergantung hidup pada sumber hutan. Mereka mengusahakan getah hutan untuk kegunaan sendiri dan hanya sebahagian kecil dipasarkan. SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
SATYR

Satyr ialah dewa kecil bagi desa dan hutan dalam

mitologi Yunani. Satyr pada asasnya kelihatan

seperti manusia biasa. Tetapi kebanyakan mereka

mempunyai sedikit sebanyak ciri-ciri haiwan, seperti

kaki, kuku, tanduk, dan telinga kambing, atau

pelbagai gabungannya.

Satyr mengikut Dionysus, iaitu dewa wain, dan

Pan, dewa hutan dan padang rumput. Kebanyakan

satyr adalah muda, ceria, tetapi nakal. Ada kalanya

mereka menjadi liar dan tidak dapat dikawal, tetapi

jarang mencederakan sesiapa pun. Perkara yang

suka dilakukannya ialah meminum wain dan

memburu perempuan cantik yang dikenali sebagai

nimfa . Mereka juga suka muzik dan menari. Ada

satyrz tua yang mabuk, tetapi bijak. Perkataan Rom

purba bagi satyr ialah faun .

Lihat juga Dionysus; Faun; Pan.

UMUM 
MEI

Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di

Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia,

Mei adalah salah satu bulan yang paling indah

dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim

panas belum bermula. Tanaman taman mula

bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput

menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar.

Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di

Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika,

forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang

membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur

yang bakal menetas tidak lama lagi.

UMUM 
12

Kembali ke atas