Steenbok, juga dieja steinbok, ialah antelop kecil yang hidup di selatan dan tengah timur Afrika. Namanya bermakna rusa jantan bata dalam bahasa Adrikaan kerana warnanya kemerah-merahan. Steenbok dewasa tingginya kira-kira 55 sentimeter pada paras bahu dan beratnya kira-kira 11 kilogram. Steenbok jantan bertanduk pendek, lurus dan steenbok betina tidak bertanduk. Steenbok biasanya hidup bersendirian di hutan jarang dan kekal berada di kawasan tertentu yang dinamakan wilayah. Ia boleh hidup tanpa meminum air. Steenbok mendapat lembapan yang diperlukannya daripada rumput dan daun yang dimakan. Pengelasan saintifik. Steenbok adalah anggota famili Bovidae. Ia adalah Raphicerus campestris. |