SELAT MENAI | Selat Menai ialah selat yang sempit di antara pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak berhampiran. | UMUM | |
TIKUS MONDOK | Tikus mondok ialah mamalia kecil, berbadan gempal yang hidup dalam tanah. Tikus mondok adalah penggali lubang yang pantas dan tidak mengenal penat. Ia mempunyai hidung yang sempit tirus dan kepala berbentuk baji, dan kaki depan yang besar. Kaki depannya berfungsi sebagai penyodok, untuk menggali tanah. Kaki belakangnya pendek dan kuat. | UMUM | |
TENGGULUNG | Tenggulung ialah nama bagi beberapa spesies haiwan yang menyerupai tenggiling dan armadilo. Tenggulung hidup di tenggara Asia, Indonesia dan beberapa bahagian Afrika di selatan Sahara. Seperti tenggiling, tenggulung tidak bergigi, dan mempunyai muncung yang panjang, sempit, ekor yang panjang dan lidah yang melekit, bak tali yang boleh dijulurkan jauh untuk menangkap semut untuk dimakan. Tenggulung mempunyai kulit luar bersisik yang bertindihan, bukan bulu kasar seperti pada tenggiling. Sisik ini mempunyai pelbagai warna perang. | UMUM | |
KELAWAR PENGHISAP DARAH | Kelawar penghisap darah ialah nama beberapa jenis kelawar. Nama ini diberi terutamanya kepada kelawar tertentu di Amerika Tengah dan bahagian tropika Amerika yang menyerang kuda, lembu, unggas dan lain-lain haiwan berdarah panas, dan menghisap darah mangsanya. Yang paling terkenal ialah kelawar penghisap darah biasa , iaitu haiwan kecil berwarna perang kemerah-merahan kira-kira lapan sentimeter panjangnya. Gigi depan kelawar ini berbentuk segi tiga dan sangat tajam, yang memotong seperti pisau cukur. Esofogusnya pendek dan sempit dan tidak membolehkan apa pun lalu kecuali bendalir. | UMUM | |