| PERANG TIGA PULUH TAHUN | Perang Tiga Puluh Tahun (1618–1648) ialah satu siri perang agama dan politik yang akhirnya melibatkan kebanyakan negara Eropah. Konflik bermula sebagai perang saudara antara Roman Katolik dengan Protestan di Empayar Rom Holy dan wilayah-wilayah lain di bawah pentadbiran Habsburg, keluarga diraja Austria. Tetapi akhirnya, peperangan ini menjadi perjuangan umum terhadap kuasa politik dan wilayah. | UMUM | |
| THIRTY TYRANTS | Thirty Tyrants (Tiga Puluh Penzalim) ialah nama gelaran yang diberikan kepada kerajaan Athens selepas bandarnya ditawan oleh orang Sparta pada tahun 404 S.M. Pemerintahnya pada masa itu juga dikenali sebagai The Thirty . Ahli politik Athens yang cerdik, Critias memimpin kumpulan yang berkuasa. Mereka dilantik untuk melakukan pembaharuan perlembagaan Athens mengikut fahaman konservatif. | UMUM | |