Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tigris


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ASSYRIA

Assyria, negara purba yang terletak di hulu

sungai Tigris di Mesopotamia. Bahagian utaranya

meliputi kawasan negara Iraq kini. Dalam banyak

perkara tamadun Assyria menyerupai tamadun

Babylonia lama yang terletak di selatannya. Lihat

Iraq.

UMUM 
NINEVEH

Nineveh ialah ibu negeri terakhir Empayar Purba

Assyria, yang terletak di tebing timur Sungai Tigris,

kira-kira 370 kilometer di utara Baghdad. Kawasan ini

telah diduduki seawal 5000 S.M. Pada tahun 612 S.M.,

orang Babylon dan Medes telah menawan dan

memusnahkan bandar ini. Pada tahun 1800-an, ahli

arkeologi telah menggali semula kawasan ini dan

menemui perpustakaan besar yang diasaskan oleh

Raja Ashurbanipal. Perpustakaan yang menakjubkan

ini mengandungi dokumen perniagaan, surat dan

contoh kesusasteraan Babylon dan Sumeria.

UMUM 
DAJLAH

Dajlah ialah salah sebuah sungai yang penting

yang terletak di bahagian barat daya benua Asia.

Ia dikenali juga sebagai Sungai Tigris. Panjangnya

mencapai kira-kira 1900 kilometer. Sungai ini

membentuk sebahagian daripada sejarah lembah

Sungai Dajlah dan Furat (Euphrates).

UMUM 
SUNGAI EUPHRATES

Sungai Euphrates ialah sungai terpanjang di

barat daya Asia. Ia sepanjang kira-kira 2736

kilometer dan membentuk sebahagian sistem

Sungai Euphrates–Tigris yang bersejarah.

UMUM 
MOSUL

Mosul, juga dinamakan Al Mawsil (pend.

293 100) ialah bandar ketiga terbesar dan pusat

perdagangan yang penting di Iraq selepas

Baghdad dan al Basrah. Mosul terletak di tebing

barat Sungai Tigris di utara Iraq (lihat Iraq [peta]).

UMUM 
GERUSGERUS, proses melicinkan dan mengilatkan permukaan kain menggunakan sejenis siput bintang (cypraea tigris) yang besar, berbentuk bujur bulat dan mempunyai tapak yang rata. Permukaan kulit siput itu berwarna putih kekuningan dan berbintik-bintik coklat di atasnya. Hingga ke hari ini masih ada orang Melayu yang menggunakannya sebagai satu alat penting untuk menggerus. Mereka yang mahir akan menggunakan sebiji siput sahaja untuk melicinkan dan mengilatkan sehingga 30 helai kain sarung.BUDAYAProses/Tindak Balas
MESOPOTAMIA

Mesopotamia ialah kawasan purba apabila

tamadun pertama dunia yang pertama berkembang.

Mesopotamia merangkumi kawasan yang kini

dikenali sebagai timur Syria, tenggara Turki dan

sebahagian besar negara Iraq. Kawasan ini

merentang dari Pergunungan Taurus di sebelah

utara, sehingga ke Teluk Parsi di sebelah selatan,

serta dari Pergunungan Zagros di sebelah timur ke

Gurun Syria di sebelah barat. Walau bagaimanapun,

pusat kawasan ini ialah kawasan di antara Sungai

Tigris dan Sungai Euphrates. Nama Mesopotamia

berasal daripada perkataan Yunani yang bererti

antara sungai .

UMUM 

Kembali ke atas