TIKAR | TIKAR, sejenis anyaman yang boleh digunakan sebagai alas duduk dalam masyarakat Melayu. Tikar luas penggunaannya dalam kehidupan masyarakat lama Melayu. Betapapun bersihnya lantai atau telah sedia ada alas di lantai, namun bagi memenuhi adat resam, apabila sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat duduk, lazimnya akan dibentangkan tikar terlebih dahulu. Maka itu umumnya rumah orang Melayu mempunyai tempat khas menyimpan tikar yang digulung dengan kemas. Tikar yang baik mutunya akan dibalut dengan kain apabila menyimpannya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
KELARAI | KELARAI, corak anyaman tikar. Kegiatan menganyam tikar di Malaysia merupakan satu seni tertua. Ini dibuktikan dengan kesan arkeologi yang dijalankan di Gua Cha di Kelantan. Daripada taksiran awal, kegiatan ini telah diusahakan lebih daripada 1000 tahun yang lalu. | BUDAYA | Kraf Tangan |
AUBRIETIA | Aubrietia ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili biji sawi. Ia kadangkala dieja Aubreta. Aubrietia ialah tumbuhan yang kecil, rendah, yang berjalin untuk membentuk semacam tikar di taman batuan dan membentuk tumbuhan pinggir. Daunnya kecil, bujur, dan berbulu, manakala bunganya berwarna samar atau ungu. Aubrietia pada asalnya tumbuh di barat Asia, tetapi kini ia ditanam di banyak bahagian di dunia. Pekebun menanam aubrietia daripada biji atau keratan. Mereka boleh memotong batangnya hingga ke akar selepas ia berbunga untuk mencegahnya daripada tumbuh berceranggah. | UMUM | |
SAMPAN | Sampan ialah bot kecil yang digunakan terutamanya di sungai dan di pelabuhan di China, Jepun, dan pulau-pulau yang berdekatan. Biasanya sampan mempunyai kabin yang berbumbungkan tikar. Ramai orang menggunakan sampan sebagai rumah. Sampan didayung dengan sebilah dayung ataupun lebih dan sesetengahnya mempunyai layar. Lihat juga Tempat berteduh (gambar: Bangsal bot Timur). | UMUM | |
PAPIRUS | Papirus ialah tumbuhan air di Mesir. Seratnya digunakan oleh orang Mesir purba sebagai bahan tulisan. Ia juga digunakan sebagai bahan untuk membuat tikar, sandal dan kain layar bagi perahu kecil. Bunganya yang keperangan dibuat kalung bunga bagi tempat suci dewa orang Mesir. Ramai orang menyangka bahtera kecil tempat ibu Musa menyembunyikan anak lelakinya dibuat daripada papirus. | UMUM | |