Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.li/] | تيليق

Definisi : pelihatan (yg teliti dan sungguh-sungguh), tenung; kurang ~ kurang selidik, kurang teliti; pd ~nya pd pelihatannya, pd fikirannya (pan­dangannya); tukang ~ orang yg meramalkan sesuatu (spt nasib orang dll), jurutenung; menilik 1. melihat (mengkaji) dgn teliti, mengamat-amati: dibukanya album itu, ditilik-nya gambar-gambar di dalamnya satu per-satu; 2. melihat nasib (untung malang orang dll), merenung, meramalkan sesuatu, menelah: ia konon pandai ~, kita suruh lihat benarkah khabar orang itu; ~ ketika menelah baik buruk waktu dgn berpandukan sesuatu perhitungan; ~ nujum menelah se­suatu dgn berpandukan bintang; 3. mengawal, mengawasi, mengen-dalikan, menjaga: lembaga pengelola ~ perjalanan badan itu; 4. menganggap (sbg), menyifatkan (sbg); 5. = ~ kpd = ditilik drpd (kalau) memandang (mengingat) ..., (kalau) diperhatikan (ditinjau, diperhitungkan) drpd ...: ~ mukanya, begitu­lah tapi kalau umurnya tidak mungkin; kalau ditilik sepintas lalu memang benar perkataan engku-engku tadi; 6. menengok, mengunjungi: aku datang ~ ke sini, ke Solo sudah sampai khabar-khabar-nya kamu berdua sudah tidak berbaik lagi; tilik-menilik 1. saling menilik; 2. perihal menilik; ilmu ~ ilmu tenung; tilikan 1. pandangan, pelihatan: licin muka ~ manusia, suci hati ~ Tuhan; 2. tenungan, ramalan, telahan: ~nya tidak menyimpang, belum setahun berlalu kejadian telah ber­laku; 3. = penilikan pimpinan, pengen­dalian, kawalan, pengawasan: Marah Adil dimintanya agar belajar berniaga lebih dahulu di bawah ~nya dan pimpinannya; penilikan 1. perihal atau perbuatan dsb menilik (menenung, meramal): beberapa orang pawang mengatakan dr ~ mereka si Tenggang masih hidup; 2. tilikan, pengawas­an, kawalan; di bawah ~ di bawah kawalan; 3. pelihatan, pemerhatian, pandangan, pene-litian; ~ sains penelitian sains; pd ~nya pd pandangannya (pendapatnya); penilik 1. pengawas (sekolah dll), pengawal: sekolah-sekolah dikunjungi oleh ~-~ sekolah pd waktu-waktu tertentu; 2. orang yg menilik (menenung, meramal): datuk saya sebenar­nya terkenal sbg ~ barang-barang yg hilang; 3. sl tepat tiliknya (tenungnya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.li/] | تيليق

Definisi : ; menilik 1 melihat dgn sungguh-sungguh; memperhatikan; meneliti: Ia berdiri di hadapan cermin dan ~ wajahnya puas-puas. 2 melihat nasib atau melihat untung malang seseorang; menenung; meramalkan: Kononnya orang tua itu ahli nujum yg pandai ~ nasib orang. tilikan 1 pandangan atau penglihatan yg sungguh-sungguh. 2 hasil menilik; tenungan; ramalan: Mengikut ~ ahli nujum, putera itu akan menjadi raja yg masyhur. penilikan perbuatan atau hal menilik; penenungan. penilik orang yg (pandai) menilik; tukang tilik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tilik
Kata Terbitan : menilik, tilikan, penilikan, penilik,

Puisi
 

Anak itik anak angsa,
     Anak menyusur lumut di batu;
Jangan ditilik orang berbangsa,
     Tilik akan dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ILMU TILIK TAPAK TANGANIlmu tilik tapak tangan ialah amalan
meramalkan nasib dengan menilik garisan dan
tanda-tanda pada tapak tangan manusia. Ilmu tilik
tapak tangan, yang kadang-kadang dikenali sebagai
chiromancy dalam bahasa Inggeris, mungkin
bermula di India purba.
UMUMUmum
TILIK

TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu.

BUDAYAKonsep
OKULTISME

Okultisme ialah istilah yang merujuk kepada

pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan

ilmu ghaib atau kuasa di luar dunia tabii. Okultisme

meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir, dan

spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang

mati berkomunikasi dengan orang yang hidup.

Orang yang mempercayai okultisme menganggap

bahawa ia berasaskan ilmu halus yang tidak

dimiliki oleh orang biasa.

UMUM 
PARIS

Paris dalam mitologi Yunani ialah anak lelaki

Priam, raja Troy. Ibu Paris, Hecuba, bermimpi

bahawa anak yang dikandungnya itu merupakan

obor yang akan membakar negara. Seorang

tukang tilik berkata mimpi itu bererti bahawa anak

itu akan menyebabkan kemusnahan Troy. Priam

menyerahkan Paris kepada seorang abdi dan

menyuruh abdi itu membunuh bayi tersebut.

UMUM 
TUAI BURUNG

TUAI BURUNG, tukang tilik dalam masyarakat Iban. Tuai burung bijak mentafsir petanda berasaskan peristiwa semula jadi, terutama sekali tingkah laku burung dan binatang lain. Biasanya, tuai burung ialah seorang lelaki yang sudah berumur dan berpengaruh dalam sebuah rumah panjang. Tuai burung sama penting dengan tuai rumah dan lebih diutamakan daripada dukun dan lemambang.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas