| ALDISS, BRIAN W. | Aldiss, Brian W. (1925– ), penulis dan pengkritik fiksyen sains Inggeris. Dia menulis cerita-cerita pendek, novel dan mengkritik karya fiksyen sains. Antara bukunya termasuklah Space, Time and Nathaniel (1957), Non-Stop (1958), The Canopy of Time (1959), Hothouse (1962), The Hand- Reared Boy (1970), novel-novel Helliconia sekitar tahun 1980-an dan The Lurid Glare of the Comet (1986). | UMUM | |
| Waktu Min Greenwich | Min waktu solar yang dilihat di Royal Observatory Greenwich yang terletak di London, England. Namun penggunaannya merujuk kepada Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time – UTC) di mana ia telah dijadikan waktu zon bagi seluruh dunia. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Kaedah |
| SPRING, HOWARD | Spring, Howard (1889–1965) ialah penulis novel British yang terkenal dengan novel terlarisnya yang berjudul My Son, My Son (1938). Novel ini diterjemahkan ke dalam 11 bahasa dan telah difilemkan. Novelnya yang lain termasuk Shabby Tiger (1934), Fame Is the Spur (1940), These Lovers Fled Away (1955), Time and the Hour (1957), dan Winds of the Day (1964). | UMUM | |
| AMBLER, ERIC | Ambler, Eric (1909–1998) ialah pengarang British yang menjadi terkenal dengan novelnya yang ditulis dengan baik tentang komplot dan kembara antarabangsa. Dia juga menulis skrip untuk filem. Novel Ambler termasuk A Coffin for Dimitrios (1939), Journey into Fear (1940), The Light of Day (1963), The Levanter (1972), dan The Care of Time (1981). | UMUM | |
| ROMBERG, SIGMUND | Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917), The Student Prince (1924), The Desert Song (1926), My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular, Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik klasik ringan. | UMUM | |
| ANOUILH, JEAN | Anouilh, Jean (1910–1987), penulis drama popular Perancis yang menghasilkan banyak karya. Dia terkenal dengan dramanya yang sangat cemerlang. Dia menyifatkan drama komedinya sebagai “ros” atau “bijak”. Biasanya dramanya menonjolkan kesulitan emosi yang berpunca daripada wang, sama ada kerana kekurangan wang atau terlalu banyak wang. Watak utama dalam dramanya terdiri daripada orang muda sensitif yang sentiasa tercari-cari kepastian dan orang tua yang agak aneh. Antara karya komedinya termasuklah Thieves Carnival (1932), Time Remembered (1939), Ring Round The Moon (1947), The Rehearsal (1950). | UMUM | |
| MALAY-INDONESIAN SYNONYMS | MALAY-INDONESIAN SYNONYMS, kamus pertama yang menerangkan perbezaan antara bahasa Melayu (BM) yang dituturkan di Brunei, Malaysia dan Singapura dengan bahasa Indonesia (BI). Malay-Indonesian Synonyms atau Comparative Dictionary of Malay Indonesian Synonyms, diterbitkan oleh Time Books International, Kuala Lumpur pada tahun 1991. Kamus ini disusun oleh Dr. Leo Suryadinata dan disunting oleh Profesor Dr. Abdullah Hasan. | BAHASA | Penerbitan |