Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, ber­selang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau yg tidak patut: banyak ~ banyak ragam; ~ laku kelakuan atau gerak-geri. bertingkah 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : ; meningkah menyampuk atau memotong perkataan orang: Jangan suka ~ percakapan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih ber­ganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TINGKAH LAKU

Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma

lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan

perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan

[ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu

bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang

apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam

psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang

lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja

kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain.

Rencana ini membayangkan penggunaan yang

lebih umum dan memberi tumpuan kepada

tingkah laku manusia.

UMUM 
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
TINGKAH LAKU PENYESARAN

Tingkah laku penyesaran merujuk kepada

kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai

dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai

contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya

apabila hendak mengambil keputusan apakah

untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan

tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan

emosi yang berkonflik.

UMUM 
SOSIALISASI

Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku,

merujuk kepada proses kompleks yang dialami

oleh individu ketika belajar mengenal dan

melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh

masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat,

idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku

yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli

psikologi, dan ahli sosiologi menganggap

sosialisasi sebagai salah satu cara utama

masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui

sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu

generasi kepada satu generasi yang lain.

UMUM 
SOSIOBIOLOGI

Sosiobiologi ialah kajian tentang biologi yang

merupakan asas bagi tingkah laku sosial manusia

dan haiwan lain. Ahli sosiobiologi cuba

memastikan fungsi pelbagai jenis tingkah laku

dalam kehidupan haiwan. Mereka juga cuba

menemukan bagaimana keganasan, komunikasi,

dan jenis tingkah laku sosial lain itu berasal dan

berubah dari satu generasi ke satu generasi.

UMUM 
KEAGRESIFAN

Keagresifan, dalam bidang psikologi, ialah

tingkah laku perseteruan yang boleh

mencederakan atau mengganggu orang lain.

Tingkah laku sedemikian boleh berbentuk

serangan fizikal terhadap seseorang dan harta

benda mereka, atau berbentuk kata-kata cercaan.

UMUM 
NALURI

Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan

bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan

bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai

naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak

dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan,

latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan

tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli

sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku

naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan

pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat

disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah

laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua

jantina dalam spesies haiwan berkenaan.

UMUM 
PSIKOLOGI

Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses

mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati

dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan

saling berhubungan antara satu dengan lain, dan

dengan persekitarannya. Mereka mencari pola

yang akan menolongnya memahami dan

meramalkan tingkah laku, dan mereka

menggunakan kaedah saintifik untuk menguji

ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah

mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat

menolong manusia memenuhi potensi sebagai

manusia, dan meningkatkan pemahaman antara

individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan.

UMUM 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN

Psikologi perkembangan adalah kajian

tentang perubahan tingkah laku semasa hayat.

Ramai ahli psikologi perkembangan mengkaji

sebahagian daripada tempoh hayat. Kebanyakan

berminat mengkaji zaman kanak-kanak dan remaja,

iaitu tempoh hayat seseorang antara kelahiran dan

umur awal 20-an.

UMUM 
KEJURUTERAAN MANUSIA

Kejuruteraan manusia ialah teknik

mengaplikasi ilmu pengetahuan saintifik tentang

tingkah laku manusia untuk membina pelbagai

jenis peralatan yang digunakan oleh manusia

dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga

dikenali sebagai kejuruteraan faktor manusia.

Tujuan kejuruteraan manusia adalah untuk

membuat mesin yang sesuai mungkin untuk

kegunaan manusia. Jurutera faktor manusia cuba

mereka bentuk mesin yang setanding dengan

keupayaan dan pengehadan manusia.

UMUM 
123

Kembali ke atas