TINGKAH LAKU | Tingkah laku ialah cara manusia atau organisma lain berkelakuan. Ramai orang menggunakan perkataan tingkah laku untuk maksud kelakuan [ conduct ] iaitu bagaimana perangai seseorang itu bersesuaian dengan tanggapan masyarakat tentang apa yang betul dan apa yang salah. Tetapi dalam psikologi dan sains berkenaan tingkah laku yang lain, tingkah laku dianggap sebagai apa-apa sahaja kegiatan seseorang atau benda hidup yang lain. Rencana ini membayangkan penggunaan yang lebih umum dan memberi tumpuan kepada tingkah laku manusia. | UMUM | |
TINGKAH LAKU KOLEKTIF | Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang bertindak semasa berada dalam kumpulan orang ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan. Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan membantah dan malapetaka. | UMUM | |
TINGKAH LAKU PENYESARAN | Tingkah laku penyesaran merujuk kepada kepelbagaian aktiviti yang kelihatan tidak sesuai dilakukan dalam sesuatu keadaan tertentu. Sebagai contoh, sesetengah mamalia merapikan bulunya apabila hendak mengambil keputusan apakah untuk melawan atau melarikan diri. Kebanyakan tingkah laku penyesaran berlaku semasa keadaan emosi yang berkonflik. | UMUM | |
SOSIALISASI | Sosialisasi, dalam bidang sains tingkah laku, merujuk kepada proses kompleks yang dialami oleh individu ketika belajar mengenal dan melaksanakan tingkah laku yang dituntut oleh masyarakat. Sosialisasi memperkenalkan tabiat, idea, sikap, dan nilai. Para ahli sains tingkah laku yang terdiri daripada ahli antropologi, ahli psikologi, dan ahli sosiologi menganggap sosialisasi sebagai salah satu cara utama masyarakat mengabadikan kewujudannya. Melalui sosialisasi, kebudayaan dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. | UMUM | |
SOSIOBIOLOGI | Sosiobiologi ialah kajian tentang biologi yang merupakan asas bagi tingkah laku sosial manusia dan haiwan lain. Ahli sosiobiologi cuba memastikan fungsi pelbagai jenis tingkah laku dalam kehidupan haiwan. Mereka juga cuba menemukan bagaimana keganasan, komunikasi, dan jenis tingkah laku sosial lain itu berasal dan berubah dari satu generasi ke satu generasi. | UMUM | |
KEAGRESIFAN | Keagresifan, dalam bidang psikologi, ialah tingkah laku perseteruan yang boleh mencederakan atau mengganggu orang lain. Tingkah laku sedemikian boleh berbentuk serangan fizikal terhadap seseorang dan harta benda mereka, atau berbentuk kata-kata cercaan. | UMUM | |
PSIKOLOGI | Psikologi ialah kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah laku. Ahli psikologi memerhati dan mencatat bagaimana manusia dan haiwan saling berhubungan antara satu dengan lain, dan dengan persekitarannya. Mereka mencari pola yang akan menolongnya memahami dan meramalkan tingkah laku, dan mereka menggunakan kaedah saintifik untuk menguji ideanya. Melalui kajian begitu ahli psikologi telah mendapat tahu bahawa banyak perkara dapat menolong manusia memenuhi potensi sebagai manusia, dan meningkatkan pemahaman antara individu, kumpulan, negara, dan kebudayaan. | UMUM | |
NALURI | Naluri adalah tingkah laku yang diwarisi dan bukannya dipelajari. Kita boleh menyatakan bahawa seseorang yang suka melawan mempunyai naluri yang agresif. Tetapi orang itu tidak dilahirkan dengan keinginan untuk melawan dan, latar belakang rumah dan sekolah yang berlainan tidak mungkin membina kelakuan tersebut. Ahli sains menggunakan istilah naluri dan tingkah laku naluri hanya untuk aktiviti yang tidak melibatkan pengalaman dan pembelajaran. Untuk dapat disifatkan sebagai naluri sebenarnya, sifat tingkah laku mestilah hampir serupa bagi kedua-dua jantina dalam spesies haiwan berkenaan. | UMUM | |
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN | Psikologi perkembangan adalah kajian tentang perubahan tingkah laku semasa hayat. Ramai ahli psikologi perkembangan mengkaji sebahagian daripada tempoh hayat. Kebanyakan berminat mengkaji zaman kanak-kanak dan remaja, iaitu tempoh hayat seseorang antara kelahiran dan umur awal 20-an. | UMUM | |
KEJURUTERAAN MANUSIA | Kejuruteraan manusia ialah teknik mengaplikasi ilmu pengetahuan saintifik tentang tingkah laku manusia untuk membina pelbagai jenis peralatan yang digunakan oleh manusia dalam kehidupan seharian mereka. Ia juga dikenali sebagai kejuruteraan faktor manusia. Tujuan kejuruteraan manusia adalah untuk membuat mesin yang sesuai mungkin untuk kegunaan manusia. Jurutera faktor manusia cuba mereka bentuk mesin yang setanding dengan keupayaan dan pengehadan manusia. | UMUM | |