TITI | Titi ialah sejenis monyet kecil di Amerika Selatan. Ia hidup di hutan hujan tropika di Amazon, di Lembangan Sungai Orinoco dan di timur Brazil. Titi jantan dan betina lebih kurang sama besarnya. Panjangnya lebih kurang 30 sentimeter hingga 40 sentimeter dan panjang ekornya 35 sentimeter hingga 40 sentimeter. Beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya berwarna kelabu, perang kemerahan atau hitam. Ia hidup di atas pokok dan sekali-sekala ia turun ke tanah. Makanan utamanya buah-buahan dan juga banyak jenis daun dan serangga. | UMUM | |
TITI WHEATSTONE | Titi Wheatstone ialah sejenis litar elektrik yang digunakan untuk menentukan rintangan yang tidak diketahui (lihat Litar elektrik) . Ia terdiri daripada empat perintang yang biasanya disusun mengikut bentuk deman. | UMUM | |
HAJI YAHAYA JUNID | HAJI YAHAYA JUNID (1911 - ), ahli agama dan politik. Dia lahir pada tahun 1911 di Selengkoh, Mukim Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar, pelajaran agama di Sekolah Pondok Tandop, Pengkalan Kundur, Alor Setar, di Pondok Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar dan di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai. Dia seterusnya belajar di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan dan di Makkah untuk terus mendalami pelajaran agamanya. Di Makkah dia belajar di Masjidil Haram daripada ulama terkenal antaranya Syekh Yasin Isa al-Fadani (Padang, Sumatera), Ibrahim al-Khumati Madani (Orang Rusia), Hassan Said Yamani, dan Syed Amin al-Khutubi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
JIHATY ABADI | JIHATY ABADI (1938- ), penyair. Dia lahir pada 19 Mei 1938 di Titi Baharu, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Yahya bin Hussin. Jihaty mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah di Kedah iaitu di Tok Jalai, Kepala Batas dan Jitra (1947-1952). | SASTERA | Tokoh |
TUAN HUSSAIN KEDAH | TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SYAH | SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SYAH (1927 – ), Sultan Kedah yang ke-28 (1958 - ) dan Yang di-Pertuan Agong yang kelima (1970 – 1975). Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah. Baginda mendapat pendidikan awal di Titi Gajah dan Alor Setar. Pada tahun 1952, baginda memasuki Wadham College, University Oxford, England dan memperoleh diploma Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |