| TITIAN | Titian (1487?–1576) ialah pelukis dari Venice semasa Zaman Renaissance di Itali. Dalam kerjayanya yang panjang yang berterusan selama 70 tahun, dia menjadi seorang daripada pelukis yang paling berpengaruh dan berjaya dalam sejarah seni lukis. Hasil karya Titian termasuk potret dan lukisan mitos dan peristiwa agama. Dia mencipta satu bentuk gaya yang banyak mempengaruhi seni lukis Eropah selama lebih 200 tahun. | UMUM | |