| TEUKU ISKANDAR | TEUKU ISKANDAR (1924 - ) sarjana dan penyusun kamus. Dia lahir di Trieng Gading, Kota Sigli, Pidie, Aceh. Nama penuhnya ialah Teuku Iskandar bin Teuku Ali Basyah. Teuku Iskandar mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Belanda di Kota Sigli, kemudiannya Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO) di Kutaraja dan Algemeene Middlebare School (AMS) di Jakarta. Semasa Jepun memerintah Indonesia dia kembali semula ke Aceh untuk bersama-sama keluarganya. Dia pernah menjadi anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pematang Siantar, Sumatera Utara, berjuang melawan tentera kolonial Belanda. Dia menjadi anggota TNI selama setahun (1946 – 1947). | SASTERA | Tokoh |
| ABDUL HARIS NASUTION | Abdul Haris Nasution (1918- ), Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada tahun 1956 hingga 1962. Beliau dilahirkan di Kotanopan Tapanuli, Sumatera Utara, Indonesia. Beliau mendapat pendidikan di Hollandsche Inlandsche School (HIS), Hogere Kweekschool (HIK) iaitu Sekolah Guru Atas di Bukittinggi dan HIK Bandung. Selepas menjadi guru, Abdul Haris memasuki Akademi Tentera di Bandung. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |