Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.da/] | تودق

Definisi : sj ikan laut (bermuncung panjang lagi tajam spt mata tombak), Tylosurus spp.; yu ~ sj ikan yu, yu gergaji, Pristiophorus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.da/] | تودق

Definisi : nama sj ikan laut yg bermuncung panjang dan tajam spt mata tombak, Tylosurus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata todak

Puisi
 

Ayam todak sendiri batang,
     Sorok menyorok depan perahu;
Abang hendak sendiri datang,
     Suruh-menyuruh saya tak mahu.


Lihat selanjutnya...(16)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANJUNG PAGAR

TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu.  Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.  Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak.  Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’.  Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang.  Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas