Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to/] | توق

Definisi : tok-tok 1. bunyi spt bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dll); mi ~ mi yg dijaja dgn membunyikan tok-tok; 2. tong-tong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tok


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TOK PERAK

TOK PERAK, drama karya Syed Alwi. Tok Perak diterbitkan pada tahun 1974 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Drama ini telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1974 bagi kategori drama. Drama ini mula dipentaskan pada tahun 1975. Tok Perak menggabungkan pelbagai elemen seni iaitu tarian, wayang kulit, wayang gambar dan slaid.

 

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ANWAR IBRAHIM

Timbalan Perdana Menteri (1993-1998).  Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell.  Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.  Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JIHATY ABADI

JIHATY ABADI (1938-   ), penyair. Dia lahir pada 19 Mei 1938 di Titi Baharu, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Yahya bin Hussin. Jihaty mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah di Kedah iaitu di Tok Jalai, Kepala Batas dan Jitra (1947-1952).

SASTERATokoh
PESANTREN

PESANTREN, pusat pendidikan agama Islam tradisional di Jawa dan Madura, Indonesia. Berasal daripada perkataan ‘senteri’, yakni guru mengaji, pesantren ialah tempat tinggal para santri. Sebuah pesantren ibarat sebuah asrama yang berupa lingkungan pondok, tempat para senteri tinggal bersama dan dibimbing oleh seorang atau lebih tok guru yang dipanggil ‘kiai’. Setiap pesantren mempunyai lima ciri asas iaitu pondok, masjid, santri, pengajaran kitab-kitab agama Islam yang klasik dan kiai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ISHAK HAJI MUHAMMAD, DATO'

ISHAK HAJI MUHAMMAD, Dato’ (1909-1991), sasterawan dan wartawan. Dia lahir pada 24 September 1090 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Temerloh, Pahang. Semasa kecil, dia dinamakan Awang Ahmad bin Haji Haji Muhammad. Dia juga dikenal dengan nama Pak Sako. Pak Sako adalah nama samaran yang paling popular yang digelar oleh orang Jepun yang menyebut “Ishak” dengan pelat “Isako”. Nama pena Ishak yang lain ialah Isako San, Anuar, Hantu Raya, Tok Siak, Pak Pandir Moden, dan Nenek Kebayan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas