Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj senjata spt lembing yg bermata dan bergagang panjang; jenis-jenisnya: ~ benderang (menderang), ~ rambu, ~ sagang, ~ serampang, dll; bertombak menggunakan atau membawa tombak sbg senjata, bersenjatakan tombak: Panglima segera memekik agar pasukan yg ~ menuju ke hadapan menghalang musuh; bertombak-tombakan saling bertikam dgn tombak: maka Tun Tuah pun menyembah raja lalu mengambil tombak, berjalan turun berhadapan dgn Pateh Karma Wijaya ~, terlalu ramainya; menombak, menombaki sl merodok dgn tombak: maka mereka pun datang lalu ~ Hang Jebat; mereka duduk di balai larangan ditombaki orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tombak (kata nama)
Bersinonim dengan lembing, cempuling, tempuling, seruit, tohok, arit, kujur, rontak, serampang, sikari, ganjur, jogan, temara, serunjang, tekpi, trisula, tiruk;,
Kata Terbitan : bertombak-tombakan, menombak,

Puisi
 

Pecah tombak Ulu Tembeli,
     Mari letak di tapak tangan;
Dah bertolak saya di sini,
     Tinggal tapak di tengah laman.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Seligi tajam bertimbal,
     tak hujung pangkal mengena.

Bermaksud :

Orang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TOMBAK

TOMBAK, sejenis senjata yang digunakan oleh pahlawan Melayu semenjak zaman Kesultanan Melaka. Kegunaan senjata ini telah digambarkan dalam buku-buku sejarah yang mengisahkan crita kepahlawanan orang Melayu. Bentuk dan sifat tombak lsama seperti lembing, kecuali berbeza pada bentuk matanya, iaitu mata tombak dibentuk tirus dan tajam ke hujung. Lebar mata tombak berukuran lebih kurang 2 cm hingga 4 cm.

BUDAYAAlat/Alatan
OLEANDER

Oleander ialah pokok renek berbunga yang

dihargai sebagai tumbuhan rumah. Oleander

kadangkala tumbuh setinggi 4.5 meter. Daunnya

keras berbentuk tombak dan bunganya cantik bak

ros. Dua jenis oleander yang paling biasa

mempunyai bunga berwarna merah dan putih.

Oleander berasal dari bahagian panas di Asia dan

dari kawasan Mediterranean. Pekebun

menanamnya di luar rumah dalam iklim panas dan

dalam pasu dan tab di kawasan beriklim

sederhana. Kesemua bahagian oleander adalah

beracun.

UMUM 
PUDING

Puding ialah sekumpulan pokok renek tropika,

malar hijau yang tergolong dalam famili <i> spurg i> e.

Terdapat kira-kira 15 spesies. Puding berasal dari

Asia Tenggara dan Pasifik. Ia ditanam kerana

daunnya yang berwarna-warni. Daunnya sepanjang

10 sentimeter hingga 15 sentimeter, berbentuk

tombak, atau terbahagi menjadi cuping. Ia

mungkin berbintik-bintik, bercarik-carik atau

berbelang-belang berwarna kuning, putih, hijau,

samar, dan merah. Corak daunnya berbeza-beza

daripada satu daun kepada daun lain pada pokok

yang sama.

UMUM 
SERAMPANG

SERAMPANG, senjata panjang seperti tombak dan lembing yang dilontar.  Bagaimanapun mata serampang bercabang dua atau pun bercabang tiga (bentuk trisula).   Matanya dipasang pada sebatang kayu yang bulat, lurus dan ringan.  Jenis kayu ini tidak mudah patah apabila dilontarkan pada sasarannya.

BUDAYAAlat/Alatan
SENJATA PANJANG

SENJATA PANJANG, sejenis senjata yang berukuran melebihi sehasta dan berhulu panjang. Senjata panjang terdiri daripada lembing, seligi, tombak, sundang pedang, keris panjang dan parang panjang (golok).

BUDAYAAlat/Alatan
ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

ADAT PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN, upacara menabalkan Yang Dipertuan Negeri Sembilan yang baharu untuk menggantikan Yang Dipertuan yang mangkat. Adat pertabalan tersebut diadakan di balai penghadapan. Alat kebesaran dipasang di kawasan istana dinamakan ‘mendirikan adat’. Alat tersebut ialah 16 kaki payung kuning, lapan bilah keris, lapan bilah pedang, lapan bilah tombak, dan 16 helai bendera Negeri Sembilan. Semuanya dibawa oleh juak-juak istana yang berpakaian kuning, hitam dan merah.

            

BUDAYAKonsep
SENJATA TRADISIONAL

SENJATA TRADISIONAL, alat yang digunakan oleh orang Melayu untuk melindungi diri daripada ancaman musuh dan juga membantu kerja-kerja seharian.  Senjata Melayu boleh diklasifikasikan kepada beberapa pecahan jenis tertentu seperti senjata menikam, senjata yang digunakan oleh Orang Asli dan kaum peribumi seperti panah, tombak buluh, sumpitan, tugal dan beliung. Alat-alat ini amat berguna dalam kehidupan seharian.

BUDAYAAlat/Alatan
MAT SALLEH YUSOF

MAT SALLEH YUSOF (   ?  -  ?    ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British.  Dia ialah Penghulu Kampung Pasir Nyior, Kuala Berang, Terengganu.  Dia terlibat dalam gerakan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British yang campur tangan dalam pentadbiran Terengganu.  Pada 22 April 1928, lebih kurang 400 orang yang bersenjatakan keris, lembing, tombak dan senapang berkumpul di halaman rumah Mat Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas