MELAN ABDULLAH | MELAN ABDULLAH, Tan Sri (1919- ), wartawan. Dia lahir pada 24 April 1919 di Kampung Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUNGAI MOSELLE | Sungai Moselle, cawangan Sungai Rhine, bermula dari Pergunungan Vosges di timur Perancis. Sungai Moselle mengalir hala ke timur laut sejauh 513 kilometer dan mengalir masuk ke Sungai Rhine di Koblenz, Jerman. Ia dikenali sebagai Mosel di Jerman. Sebahagian besar sungai ini adalah cetek. Terusan sepanjang 274 kilometer membolehkan tongkang sampai sehingga 320 kilometer ke hulu sungai. | UMUM | |
MELAN ABDULLAH, TAN SRI | MELAN ABDULLAH, Tan Sri (1919- ), wartawan. Dia lahir pada 24 April 1919 di Kampung Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Nama sebenarnya ialah Mohamad Ramadhan, kemudian ditukar menjadi Melan disebabkan kesukaran menyebutnya dalam bahasa Jawa. Bapanya, Abdullah bin Yahya (Joyosmarom) berasal dari Jawa Tengah. Melan memakai nama samaran Iskandar Muda dalam puisi, cerpen dan lakonan sandiwara radio pada tahun 1940-an. | SASTERA | Tokoh |
RUKIAH ABU BAKAR | RUKIAH ABU BAKAR (1939 – ), penulis. Dia lahir pada 23 November 1939, di Rengit, Batu Pahat, Johor. Dia pernah menggunakan nama samaran Yahmila. Dia mendapat pendidikan awal hingga Darjah Enam di Sekolah Melayu Rengit, Batu Pahat (1949 – 1953). Setelah menamatkan pelajarannya, Rukiah menjadi guru pelatih dan ebrtugas di Sekolah Melayu Mawar, Sungai Tongkang, Rengit (1954 – 1958). Rukiah juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok, Benut, Pontian. Di samping mengajar, Rukiah berkesempatan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (1967) dan Sijil Tinggi Persekolahan. | SASTERA | Tokoh |