| TIGA WARNA | Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis. Ia mempunyai warna merah, putih dan biru dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai 1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830. | UMUM | |
| PLANTAGENET | Plantagenet ialah nama keluarga keturunan raja- Raja yang memerintah England dari tahun 1154 hingga 1399. Raja-raja tersebut adalah keturunan Matilda, puteri Raja Henry I yang berkahwin dengan Geoffrey, bangsawan dari Anjou, Perancis. Geoffrey dikenali sebagai Plantagenet kerana baginda memakai setangkai broom, iaitu sejenis tumbuhan dengan bunga berwarna kuning atau putih pada topinya. Ramai ahli sejarah menggelarkan raja-raja ini sebagai Angevins yang bermaksud dari Anjou . | UMUM | |
| SITWELL, DAME EDITH | Sitwell, Dame Edith (1887–1964) ialah pemuisi, pengkritik dan penulis biografi Inggeris. Dia menjadi salah seorang sasterawan yang paling kontroversi pada zamannya kerana puisi eksperimennya yang biasanya kabur dan gaya hidupnya yang ganjil. Sitwell terkenal kerana pakaiannya yang menarik perhatian, antaranya topinya yang luar biasa, jubah Zaman Pertengahan, dan barang kemas yang sangat besar saiznya. | UMUM | |