Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tot


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUDI UTOMO

BUDI UTOMO,  organisasi nasional pertama di Indonesia.  Organisasi ini ditubuhkan pada 20 Mei 1908 oleh pelajar-pelajar Sekolah Doktor Jawa (School tot Opleiding Voor Indische Artsen  atau STOVIA) atas anjuran Dr. Wahidin Sudira Usada, pesara doktor perubatan.  Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah untuk memajukan nusa dan bangsa melalui pendidikan, pertanian, perdagangan, penternakan, teknik dan industri, kebudayaan serta mempertinggi cita-cita kemanusiaan untuk mencapai kehidupan bangsa yang terhormat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ABDOEL MOEIS

Abdoel Moeis (1890-1959), nasionalis dan sasterawan Indonesia. Beliau lahir pada 3 Julai 1890 di Solok, Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Abdoel Moeis mendapat pendidikan di Europese Lagere School (ELS) Bukittinggi selama 3 tahun, sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang kedoktoran di School Tot Opleiding van Indische Artsen (STOVIA), Jakarta. Walau bagaimanapun beliau tidak menamatkannya kerana lebih tertarik pada dunia kewartawanan dan pergerakan kebangsaan.

SASTERATokoh
SHAMSUDDIN AL-SUMATRANI

Shamsuddin al-Sumatrani ( ? –1630) ialah

ulama, penulis, dan ahli tasawuf Indonesia. Nama

sebenarnya ialah Syeikh Shamsuddin bin Abdullah

as-Sumatara’l. Dia juga dikenali dengan

Shamsuddin Pasai. Dia ialah pengikut mazhab

Shafi’i dan membawa ajaran tasawuf Hamzah

Fansuri. Shamsuddin juga tergolong sebagai ahli

sufi yang mengamalkan ajaran ‘Wahdatul Wujud’

atau ‘Wahdat-al-Wujud’. Shamsuddin al-Sumatrani

pernah menjadi penasihat atau pembesar kepada

Sultan Aceh, iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah

(1580–1604) dan Sultan Iskandar Muda Mahkota

Alam (1607–1636). Dia bertugas di Istana Aceh

selama lebih kurang 35 tahun. Di samping itu, dia

dilantik sebagai ketua ulama seluruh Aceh.

Menurut catatan Frederick de Hotman dalam

bukunya Cort Verhael van’t Wederratens is

Fredeick de Hontman, tot Atchein (1603), Syeikh

Shamsuddin al-Sumatrani ialah penasihat agung

diraja. Terdapat sarjana yang menyamakan

Shamsuddin al-Sumatrani dengan Faidli dan Abu

Fadl, iaitu penasihat Raja Mughal Akbar di India.

UMUM 

Kembali ke atas