KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL | KEPUSTAKAAN ILMU TRADISIONAL, suatu genre dalam kesusasteraan Melayu tradisional, iaitu karya yang bersifat ilmu atau fatwa. Karya sastera ini mengandungi pengajaran, pemahaman, kepercayaan bersama amalan yang berkenaan; misalnya `ilmu bintang', 'ilmu penujuman', 'ilmu perubatan' dan lain-lain. Teks tersebut ditulis dengan bahasa yang baik, kadangkala dalam bentuk puisi, diselitkan dengan contoh dan cerita yang menarik, hingga dapat dianggap sebagai sebahagian daripada karya sastera tradisional, sama seperti sastera kitab dan sastera undang-undang. | SASTERA | Konsep |
PUISI TRADISIONAL | PUISI TRADISIONAL, semua bentuk puisi dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional. Puisi dalam kesusasteraan Melayu dikenal sebagai ‘karangan berangkap’ dan mempunyai ciri-ciri yang mementingkan nilai-nilai yang indah. Puisi Melayu tradisional adalah hasil peninggalan masyarakat lama, dan abad ke-19 diterima secara umum sempadan pengasingannya. | SASTERA | Konsep |
KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL | KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL, istilah yang digunakan untuk merujuk satu daripada dua bahagian kesusasteraan Melayu, iaitu kesusasteraan Melayu tradisional dan kesusasteraan Melayu moden. Disamping itu, digunakan juga istilah ‘klasik’ (sastera klasik) dan ‘lama’ (sastera lama | SASTERA | Konsep |
TARIAN TRADISIONAL SARAWAK | TARIAN TRADISIONAL SARAWAK, tarian suku kaum di Sarawak. Tidak ada catatan yang jelas tarikh bermulanya tarian tradisional ini diterima dan diamalkan oleh suku kaum di Sarawak. Seni tari tradisional acap kali dikaitkan makna ‘bermain’ atau sebahagian daripada permainan yang memperlihat suasana keriangan dan juga yang berhubung kait dengan upacara ritual yang diamalkan oleh kaum masing-masing. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
ALAT TULIS MELAYU TRADISIONAL | ALAT TULIS MELAYU TRADISIONAL, alat tulis yang dibuat oleh masyarakat Melayu yang telah mengenal tulisan serta tahu membaca dan menulis sejak zaman dahulu kala lagi. | BAHASA | Konsep |
TARIAN TRADISIONAL | TARIAN TRADISIONAL, gerakan badan serta tangan dan kaki mengikut rentak muzik. Tarian tradisional mula berkembang semenjak zaman kerajaan Sriwijaya. Kesan sejarah perkembangannya terdapat di beberapa kawasan seperti kerajaan Melayu di Patani, Kelantan dan Kedah. Kemunculan beberapa tarian rakyat dan tarian istana terus berkembang semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ataupun semasa zaman kemerosotannya. Jika tarian rakyat memperlihatkan ciri-ciri bermain secara spontan, lincah dengan aksi dan gerak bebas, tarian istana pula memperlihatkan susunan gerak perlahan dan lembut dengan iringan irama yang tenang. Tarian berunsur Arab Parsi seperti zapin, hadrah dan gambus turut tersebar sebagai tarian rakyat yang popular. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
SENJATA TRADISIONAL | SENJATA TRADISIONAL, alat yang digunakan oleh orang Melayu untuk melindungi diri daripada ancaman musuh dan juga membantu kerja-kerja seharian. Senjata Melayu boleh diklasifikasikan kepada beberapa pecahan jenis tertentu seperti senjata menikam, senjata yang digunakan oleh Orang Asli dan kaum peribumi seperti panah, tombak buluh, sumpitan, tugal dan beliung. Alat-alat ini amat berguna dalam kehidupan seharian. | BUDAYA | Alat/Alatan |
DAYANG | Gelaran tradisional bagi wanita bangsawan di Sarawak. | BUDAYA | Konsep |
TEPAK SIRIH | Alatan tradisional | KESENIAN | Alat/Alatan |
TETAWAK | Alat muzik tradisional | KESENIAN | Alat/Alatan |