Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tra.fik] | ترافيک

Definisi : lalu lintas (kereta, kapal terbang, dll); pegawai kawalan ~ udara pegawai yg meng­awal lalu lintas di udara; polis ~ polis yg meng­awal lalu lintas; ~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dlm sesuatu ruang udara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tra.fik] | ترافيک

Definisi : 1 kenderaan yg lalu-lalang di jalan raya. 2 pergerakan kenderaan dsb di sesuatu tempat; lalu lintas: polis ~ polis yg mengawal lalu lintas. ~ udara pergerakan lalu lintas pesawat udara secara teratur dlm sesuatu ruang udara (angkasa). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
trafik (kata nama)
Bersinonim dengan lalu lintas, kenderaan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOTOSIKAL

Motosikal, juga dikenali sebagai motor ialah

kenderaan yang beroda dua atau tiga, berkuasa

enjin petrol yang dipasang di bahagian tengah

antara roda depan dan roda belakang. Motosikal

mempunyai rangka yang lebih berat dan kuat

daripada basikal iaitu kenderaan yang menjadi asas

penciptaannya. Manusia di merata pelosok dunia

menggunakan motosikal sebagai pengangkutan

atau menunggangnya sebagai aktiviti sukan dan

rekreasi. Di seluruh dunia, polis menggunakan

motosikal dalam usaha mengejar dan mengawal

trafik kerana kenderaan tersebut boleh

dikendalikan dengan mudah di celah-celah lalu

lintas. Di Amerika Syarikat, sesetengah pasukan

bomba menggunakan motosikal untuk membawa

kakitangan perubatan ke tempat kemalangan. Di

bandar-bandar besar di United Kingdom dan di

tempat-tempat lain, motosikal digunakan untuk

menghantar dokumen dan bungkusan kecil.

UMUM 
SEMAFOR

Semafor ialah kaedah memberi isyarat dengan

menggunakan sasaran atau bendera. Setiap

kedudukan sasaran mempunyai makna yang

dapat ditafsir oleh seseorang yang terlatih. Satu

set arahan bendera yang standard boleh mengeja

abjad Inggeris. Setiap satunya ditunjukkan dalam

rencana huruf abjad dalam Ensiklopedia Dunia ,

seperti A . Urutan bagi arahan ini dapat digunakan

untuk mengeja perkataan dalam mesej. Angka

dieja, tetapi beberapa arahan merupakan

perkataan, seperti “kesilapan”, atau frasa. Terdapat

juga sedikit variasi dalam arahan untuk A dan G.

Bendera Semafor digunakan oleh anggota

angkatan laut dan kereta api sedunia. Mesej boleh

dihantar pada kelajuan kira-kira 25 perkataan

seminit.

Lihat juga Kereta api (Kawalan trafik).

UMUM 

Kembali ke atas