Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tri.bu.nal] | تريبونل

Definisi : 1. mahkamah pengadilan; 2. tempat duduk majistret; 3. lembaga atau badan khas yg ditubuhkan oleh pihak berkuasa utk menyiasat dan mengadili sesuatu kes tertentu; ~ pentadbiran (Udg) badan yg diwujudkan melalui atau di bawah Akta Parlimen utk menentukan tuntutan dan pertelingkahan yg berkaitan dgn pentadbiran kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tribunal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAHTribunal yang menerima aduan dan tuntutan pembeli rumah di Malaysia.UNDANG-UNDANGInstitusi/Organisasi
MAHKAMAH KEADILAN ANTARABANGSA

Mahkamah Keadilan Antarabangsa

lazimnya dikenali sebagai Mahkamah Dunia,

merupakan agensi kehakiman yang tertinggi

dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Mahkamah ini menyediakan saluran untuk

menyelesaikan secara aman masalah

persengketaan undang-undang pada peringkat

antarabangsa. Ia hanya menyelesaikan kes yang

dikemukakan oleh sesebuah negara atau

organisasi antarabangsa. Keputusannya

berdasarkan prinsip undang-undang

antarabangsa dan tidak boleh dibuat rayuan.

Mahkamah ini mendengar beberapa kes sahaja.

Tetapi banyak perbalahan antara kerajaan

diselesaikan melalui tribunal antarabangsa yang

lain dan dalam tribunal kebangsaan berasaskan

undang-undang antarabangsa.

UMUM 
SUMPAH BOHONG

Sumpah bohong ialah jenayah apabila

seseorang itu bersumpah atau mengaku untuk

bercakap benar dalam mahkamah undang-undang

atau dalam prosiding pentadbiran atau

perundangan, tetapi kemudian secara sengaja

berbohong. Di kebanyakan negara, berbohong

dianggap sumpah bohong hanya apabila ia

mempunyai kesan langsung terhadap sesuatu isu

yang dihadapkan ke mahkamah, tribunal atau

badan perundangan. Penyataan silap yang tidak

disengajakan tidak dianggap sumpah bohong.

UMUM 
MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA

Mahkamah Jenayah Antarabangsa ialah tribunal tetap di peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2002 untuk membicarakan dan menghukum individu yang terlibat dalam jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai.

UNDANG-UNDANGInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas