Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[trio] | تريو

Definisi : 1. gubahan lagu atau irama utk tiga suara atau tiga alat muzik; 2. kumpulan drpd tiga orang penyanyi atau pemain muzik; 3. kum­pulan drpd tiga orang atau benda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[trio] | تريو

Definisi : 1 kumpulan tiga orang penyanyi atau pemain muzik. 2 kumpulan tiga orang atau tiga benda. 3 gubahan lagu atau irama utk tiga suara atau utk tiga alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata trio


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SCHERZO

Scherzo ialah gubahan muzik yang pendek dan

rancak. Istilah ini digunakan untuk memerikan

pergerakan ketiga simfoni empat bahagian, sonata,

atau gubahan muzik kamar. Kebanyakan scherzo

bercirikan irama rancak dan perubahan

mendadak dalam ritma, dan berentak lucu serta

menghiburkan. Scherzo juga meliputi bahagian

bertentangan yang dikenali sebagai trio. Trio

dalam kebanyakan keadaan, lebih senyap dan

lebih berirama daripada scherzo lain.

Penggubah Jerman, Ludwig van Beethoven

memperkenalkan scherzo dalam beberapa

gubahannya pada tahun 1800. Pakar scherzo yang

terkemudian termasuk Felix Mendelssohn dari

Jerman, Anton Bruckner, dan Gustav Mahler dari

Austria, dan Bela Bartok dari Hungary.

UMUM 
SAIFUL BAHRI

SAIFUL BAHRI (1924 - 1976), pencipta dan penggubah lagu Indonesia.  Dia lahir pada 19 September 1924 di Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia.  Saiful mendapat pendidikan di Meer Uitgebreid Lager Ondwewijs (MULO), Ins Kayutaman di Sumatera Barat.  Bakat Saiful mula menyerlah semasa dia masih menuntut di MULO.  Sewaktu di sekolah ini, dia telah membentuk satu kumpulan muzik.  Dia kemudian mengambil keputusan meninggalkan tanah kelahirannya untuk merantau mencari untung di Jakarta.  Di sana, dia mencuba nasib dalam bidang muzik sepenuh masa dan pernah memimpin Orkes Studio Jakarta selama 10 tahun iaitu dari tahun 1950 hingga tahun 1960.  Pada ketika itu juga dia bergabung dengan ahli muzik terkenal Indonesia, Ismail Marzuki dan Iskandar untuk bersama-sama menubuhkan trio.

BUDAYATokoh

Kembali ke atas