PIALA AMERIKA | Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851, skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali sebagai Piala Amerika. | UMUM | |
PIALA UBER | Trofi kemenangan dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa Wanita. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
MITCHELL, REGINALD JOSEPH | Mitchell, Reginald Joseph (1895–1937) ialah jurutera penerbangan British yang mereka bentuk Spitfire, iaitu kapal terbang pejuang Britain yang terkemuka semasa Perang Dunia II. Dia menyertai Vicker Aviation Ltd. pada tahun 1916. Joseph Mitchell menjadi ketua pereka dan bertanggungjawab terhadap kapal terbang laut Vickers Supermarine yang memenangi Trofi Schneider tiga kali berturut-turut antara tahun 1927 hingga tahun 1931 (lihat Trofi Schneider). Supermarine S6, pemenang Trofi Schneider pada tahun 1931, ialah kapal terbang pertama yang melebihi kelajuan 644 kilometer (400 batu) sejam. Mitchell lahir berhampiran Stoke-on-Trent, di Staffordshire, England. | UMUM | |
SEGRAVE, SIR HENRY | Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan 1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372 kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94 kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada orang British yang menunjukkan potensi pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang paling baik, telah dinamakan sempena namanya. Segrave lahir di Edmonton. | UMUM | |