TUAN TABAL | TUAN TABAL (1816 – 1891), ulama. Nama sebenarnya ialah Syekh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh al-Kelantani al-Jawi. Tuan Tabal belajar dengan Syekh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki dalam bidang ilmu fikah dan telah tamat belajar kitab “Tuhfah”. Dalam bidang ilmu tasawuf pula dia menerima Tarekat Ahmadiyah. Ada pendapat yang menyatakan Tuan Tabal menerima bai’ah Tarekat Ahmadiyah daripada Sidi Ahmad Danderawi, dan ada yang meriwayatkan bahawa Tuan Tabal telah berguru langsung kepada Sidi Ibrahim, murid kepada Sidi Syekh Ahmad bin Idris iaitu pengasas Tarekat Ahmadiyah yang berasal dari Afrika Utara. Menurut sejarah, Tuan Tabal merupakan orang yang bertanggungjawab membawa tarekat itu ke Kelantan, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Sememnanjung Tanah Melayu, walaupun yang lebih terkenal dalam penyebaran tarekat ini ialah Haji Muhammad Said Linggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUK KU TUAN BESAR | TUK KU TUAN BESAR (1795 -1878), ulama dan penulis. Dia lahir di Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Nama sebenarnya ialah Sayid Muhammad bin Zainal Abidin. Tuk Ku Tuan Besar berketurunan Sayid al-Idrus. Nenek moyangnya datang dari Hadramaut dan tiba ke Terengganu pada akhir abad ke-18. Bapanya adalah seorang peniaga beras yang berulang-alik dari Jawa ke Terengganu dan kemudiannya menetap di situ setelah berkahwin dengan anak Sayid Muhammad Mustafa al-Idrus (golongan sayid terawal di Terengganu). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUAN HUSSAIN KEDAH | TUAN HUSSAIN KEDAH (1863 – 1936), ulama. Dia lahir pada 2 November 1863 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Nama sebenarnya ialah Tuan Hussain bin Muhammad Nasir bin Muhammad Taib al-Mas’udi al-Banjari. Dia adalah seorang ulama terkenal di Kedah. Moyangnya, Syekh Arsyad al-Banjari (1710 – 1812) adalah mufti negeri Banjar (Banjarmasin, Kalimantan). Datuknya, Haji Muhammad Taib, seorang ulama dan mufti Kedah pada abad ke-19. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUAN AHMAD | TUAN AHMAD ( ? - ? ), penentang British. Tuan Ahmad adalah anak Engku Besar Jeram Encik Pandak. Dia menggantikan ayahnya sebagai Engku Besar Jeram apabila ayahnya meninggal dunia. Engku Besar Jeram adalah gelaran yang diwarisi daripada Engku Perdana Menteri Long Ghaffar, yang berasal dari Reman. Long Ghaffar menerima gelaran ini dan kawasan dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut dan sampai ke sempadan Terengganu kerana bantuannya kepada Long Yunus sehingga Long Yunus berjaya menduduki takhta Kelantan. Pusat pentadbiran Long Ghaffar dikenal sebagai Kota Jeram. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LONG BAHAR | LONG BAHAR ( ? -1733), Sultan Kelantan (m.m. 1721-1733). Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Long Bahar dikenal juga dengan nama Tuan Besar. Sebelum menetap di negeri Kelantan, Long Bahar dikatakan telah pun mempunyai dua orang anak, iaitu Tuan Nik atau Tuan Sulaiman dan Tuan Melor. Semasa di Kelantan dia memperoleh beberapa orang anak, antaranya Tuan Kundor dan Tuan Nik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LONG YUNUS | LONG YUNUS ( ? -1795), Sultan Kelantan (m.m. 1763-1795) keturunan Dato’ Pangkalan Tua, Patani. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Pada kurun ke-17, dua orang anak Dato’ Pangkalan Tua, Tuan Sulong dan Tuan Besar datang ke Kelantan. Tuan Sulong berkahwin dengan Che Biru, anak Penghulu Kampung Laut; manakala Tuan Besar berkahwin dengan Raja Pah, anak Sultan Omar. Tuan Sulong membina kediaman di Kota Kubang Labu, Tuan Besar pula tinggal di Jembal. Hasil perkahwinannya, Tuan Sulong mendapat Long Muhammad dan Long Pandak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KASTIL | Kastil ialah tempat kediaman dan kubu kuat seseorang tuan tanah feudal pada Zaman Pertengahan. Perkataan kastil (castle) berasal daripada perkataan Latin castellum, yang bermaksud kubu. Justeru, ada sesetengah kastil dikenali sebagai kubu. | UMUM | |
ASTOR | Astor ialah nama sebuah keluarga Amerika yang penting. Keluarga Astor dahulunya digelar “tuan tanah New York” disebabkan John Jacob Astor yang pertama, iaitu pengasas keluarga ini, banyak menanam modal pada hartanah di New York. Nilai tanah itu meningkat dan keluarga ini menjadi salah sebuah keluarga yang terkaya di Amerika Syarikat. | UMUM | |
ALJUNIED SYED OMAR BIN ALI | Aljunied Syed Omar bin Ali (1792–1852) ialah ahli perniagaan dan tuan tanah keturunan Arab yang amat dihormati yang menjadi pemimpin komuniti Islam di Singapura. Dia mewakafkan satu bidang tanah di Victoria Street, Singapura sebagai tanah perkuburan orang Islam. Dia mendirikan Masjid Benggali, di Bencoolen Street pada tahun 1845. | UMUM | |
KHAN | Khan ialah perkataan yang kini digunakan untuk maksud tuan di Afghanistan dan di bahagian-bahagian lain Asia Tengah. | UMUM | |