Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERHAMBAAN

Perhambaan merupakan satu amalan manusia

yang memiliki manusia lain. Seorang hamba abdi

menjadi hak milik kepada tuannya dan bekerja

untuknya tanpa sebarang upah atau gaji. Pemilik

yang disebut tuan atau puan membekalkan

makanan, tempat tinggal, dan pakaian kepadanya.

Perhambaan bermula pada zaman prasejarah dan

diamalkan sejak dari zaman tersebut. Perhambaan

pada zaman purba mencapai kemuncaknya di

Greece dan Empayar Rom. Pada Zaman

Pertengahan, amalan perhambaan mengalami

kemerosotan. Kemudian pada tahun 1500-an dan

1600-an, penjajahan Dunia Baru oleh orang Eropah

telah mengakibatkan berkembangnya perhambaan

secara pesat. Kemerosotan perhambaan

disebabkan oleh perubahan moral terhadap

perhambaan pada tahun 1800-an. Kini, perhambaan

adalah tidak sah di sisi undang-undang di hampir

setiap negara tetapi amalan ini masih lagi wujud di

beberapa bahagian Afrika, Asia, dan Amerika

Selatan.

UMUM 
PLAUTUS

Plautus (254?–184 S.M.) ialah penulis komedi Rom

yang penting. Dramanya merupakan versi Komedi

Baru Yunani yang menekankan pemuda yang

mencintai hamba perempuannya, kekeliruan

identiti, orang gaji yang licik, dan tuan yang

terpedaya. Plautus menggabungkan unsur komedi

Itali dengan jenakanya yang riang gembira. Teknik

pembinaan plot yang bijak dan perwatakan, tidak

membimbangkannya kerana dia hanya

menghasilkan komedi yang penuh gelak ketawa.

Dia pakar dalam dialog, menulis tentang

kehidupan yang penuh kata-kata, ungkapan cinta,

dan penganiayaan.

UMUM 
HULUN HAJI

HULUN HAJI, hamba diraja atau hamba peribadi kepunyaan raja. Perkataan hulun haji ada tercatat pada prasasti Telaga Batu (686 M.) di Palembang. Rekod ini mengandungi bukti awal konsep perhambaan dalam Dunia Melayu. Konsep ini penting kepada masyarakat sebelum proses pemodenan di rantau ini. Konsep ini menggambarkan pembahagian masyarakat kepada golongan ‘tuan’ yang dihormati dan golongan orang ramai yang menjadi ‘pesuruh’ mereka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas