| MOHD. HAMDAN ABDULLAH, TUN | MOHD. HAMDAN ABDULLAH, Tun (1922-1977), Yang Dipertua Negeri Sabah Keempat. Dia lahir pada 22 Februari 1922 di Kampung Labuaya, Tuaran, Sabah. Nama sebenarnya sebelum memeluk agama Islam ialah Indan Kari. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Vernakular di daerah Tuaran sehingga tamat Darjah Lima iaitu pencapaian tertinggi pada waktu itu (1935-1945). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| RUNSAI | RUNSAI, seni pentas suku kaum Bajau di daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran dan Tempasuk di Sabah. Seni pentas ini berupa berjual beli pantun secara berlagu antara pihak lelaki dengan pihak wanita, sambil bergerak dia tas pentas khas dengan memakai pakaian dan peralatan tradisional kaum Bajau. Runsai atau berunsai sering dipersembahkan dalam majlis kesyukuran seperti baru mendapat anak yang dihajati, baru sembuh daripada sakit atau majlis pernikahan. | BUDAYA | Perayaan/Upacara |
| SUMAZAU | Kapsyen : Tarian Sumazau SUMAZAU, tarian tradisi dan warisan budaya suku kaum Dusun-Kadazan. Istilah ‘samazau’ sering digunakan untuk tarian tradisi suku kaum Dusun di daerah Membakut, Papar dan Penampang. Bagi suku kaum Dusun Suang Lotud di daerah Tuaran dan Dusun Kuala Penyu, tarian ini dinamakan sumayau atau madsayau. Bagi suku kaum Dusun di daerah Ranau, Kota Belud dan Kuda pula, tarian ini lebih dikenal sebagai tarian mengigol (mongigol). | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |