Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keseluruhan jasad; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seluruh jasad manusia atau binatang (terdiri drpd kepala, badan dan anggota-anggota lain): ~nya besar dan tegap. 2 badan saja (tidak termasuk kepala dan anggota lain). 3 bahagian drpd sesuatu yg terpenting: ~ kapal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,

Puisi
 

Bukit Tetagun Pulau Jerjak,
     Singgah semalam Padang Mat Sirat;
Tubuh tembun badan pun segak,
     Mahu orang tak terpikat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dua badan senyawa.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Satu nyawa dua badan, b. Sejiwa dua tubuh, c. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, d. Selapik seketiduran, sebantal sekalang hulu, e. Selauk senasi, f. Seperti dua senyawa, g. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEDITASI TRANSENDENTAL

Meditasi Transendental ialah kaedah

melegakan ketegangan tubuh badan yang sangat

popular pada tahun 1970-an.

UMUM 
TIMUS

Timus ialah satu organ leper berwarna merah

samar yang memainkan peranan penting dalam

sistem imun tubuh badan manusia. Ia terletak di

bahagian atas rongga dada di belakang tulang

dada dan memanjang ke bahagian bawah leher di

bawah kelenjar tiroid.

UMUM 
ALOPATI

Alopati ialah satu kaedah dalam amalan

perubatan yang mencuba menyembuhkan penyakit

dengan menghasilkan kesan pada tubuh badan

yang berbeza dengan kesan daripada penyakit.

UMUM 
AEROBIK

 Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk

meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di

dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk

berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung,

meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai

orang mengambil bahagian dalam program aerobik

untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta

mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang

sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara

tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

UMUM 
BERTAPA

BERTAPA,  usaha untuk membersihkan jiwa atau untuk mendapatkan sesuatu ilmu, sama ada ghaib atau ilmu untuk kekuatan tubuh badan, dengan cara mengasingkan diri dan berpantang.  Bertapa juga disebut ‘tapa’ yang membawa makna yang serupa.

BUDAYAPerayaan/Upacara
JINAYAH (HUDUD, QISAS, TA'ZIR)

Jinayah, perbuatan jahat yang dikenali juga dengan jarimah yang diharamkan oleh syarak sama ada meliputi nyawa, tubuh badan, harta benda atau sebagainya.

AGAMAKonsep
UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI, Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Perlembagaan Negeri-Negeri (Constitution of The State).  Kalau dahulunya ia biasa disebut sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Undang-undang Tubuh Negeri tetapi kini ia lebih dikenal sebagai Perlembagaan Negeri.  Perlembagaan itu sendiri bolehlah ditakrifkan sebagai suatu sistem undang-undang dan adat yang telah dibentuk dan/atau dibuat oleh suatu badan tertinggi sesebuah negeri bagi tujuan untuk digunakan sebagai garis panduan dalam serba perkara bagi negeri berkenaan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR

UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor.  Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.  Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TIKI

Tiki ialah sejenis loket Maori berbentuk tubuh

manusia yang dipakai di leher (lihat Maori ). Tangan

pada ukiran tersebut mempunyai tiga jari dan

kakinya terlipat di bawah badan. Orang Maori

gemar menggunakan batu jed untuk membuat tiki

dan tiki jed ini dikenali sebagai heitiki . Kebanyakan

tiki berbentuk orang perempuan, walaupun loket

tersebut ada kaitan dengan watak mitos, yang juga

dikenali sebagai Tiki, yang dipercayai adalah lelaki

yang pertama.

UMUM 
ABSESAbses ialah nanah yang terjadi dalam bahagian

tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi

bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel

yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih

yang digunakan oleh badan untuk mencegah

jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan

bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses

mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang

dijangkiti bakteria.

UMUM 
12

Kembali ke atas