Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tiang batu yg dibina utk memperingati sesuatu (keguguran pah-law­an dlm peperangan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tugu yg dibina utk memperingati sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tugu (kata nama)
Bersinonim dengan tugu peringatan, monumen, lingga.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUGU PERINGATAN NEGARATugu kebangsaan untuk memperingati pengorbanan perajurit negara Malaysia.SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
LIM BO SENG

Lim Bo Seng (1909–1944), mejar jeneral China

dan menjadi seorang wira semasa Perang Dunia

II (1939–1945). Tugu Peringatan Lim Bo Seng

telah dibina di Singapura untuk menghormatinya

selepas perang tersebut.

UMUM 
MENARA EIFFEL

Menara Eiffel ialah kerangka menara besi

tempaan yang besar di Champ de Mars Paris.

Alexandre Gustave Eiffel

mereka bentuk untuk Pesta

Dunia pada tahun 1889.

Pelannya telah memenangi

pertandingan mereka

bentuk tugu peringatan

untuk pesta tersebut.

UMUM 
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI

Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang

Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara

Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak

dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great

Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil

keputusan memberikan suatu bentuk

penghormatan sebagai tanda mengingati askar

ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang

mewakili askar mereka yang tidak dikenali,

mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau

berhampiran dengan ibu negara dan membina

satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar

tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak

dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar

Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis

pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya

di bawah Arc de Triomphe di Paris dan

menyalakan obor di atas makam tersebut.

UMUM 
SWASTIKA

Swastika ialah simbol purba yang selalu digunakan

sebagai perhiasan atau lambang keagamaan.

Swastika berbentuk palang dengan kesemua hujung

lengannya membengkok ke arah sudut kanan,

selalunya mengikut arah jam. Swastika pernah

ditemui di bangunan Byzantine, ukiran Buddha, tugu

peringatan Celtik, dan duit syiling Yunani.

UMUM 

Kembali ke atas