| HALUAN | HALUAN, kumpulan cerpen karya Razak Mamat. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1985. Haluan telah terpilih sebagai salah sebuah kumpulan cerpen yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985, bersama kumpulan cerpen Terima Kasih Tuhanku yang ditulis oleh Baharuddin Kahar dan diterbitkan oleh Penerbitan Warusna, Kuala Lumpur, pada tahun 1984. | SASTERA | Karya |