Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuh.fat]/[tuh.fat] | تحفة

Definisi : Ar hadiah atau pemberian yg berharga, cenderamata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tuhfat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TUHFAT AL-NAFIS

TUHFAT AL-NAFIS, buku sejarah yang ditulis oleh Raja Ali Haji.  Buku ini berdasarkan versi yang lebih ringkas yang disusun oleh ayahnya Raja Ahmad, di Pulau Penyengat, Riau pada tahun 1860-an.  Tuhfat al-Nafis ditulis sebagai menyatakan salasilah, perjalanan, tawarikh dan segala khabar daripada raja-raja Melayu serta Bugis.  Dalam bahasa Arab, Tuhfat al-Nafis bermakna hadiah yang berharga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
ENGKU NGAHENGKU NGAH, (1774 – 1828), bangsawan Riau. Engku Ngah dikenal juga dengan nama Raja Idris bin Raja Haji, putera kedua Yang Dipertuan Raja Haji, Riau. Ibunya, Encik Uning, berasal dari Inderagiri. Engku Ngah berkahwin dengan raja Safiah, anak Yang Dipertuan Muda Raja Ali, dan mendapat dua orang anak perempuan. Nama Engku Ngah disebut beberapa kali dalam Tuhfat al-Nafis, karya yang dimulakan oleh bapa saudaranya. Raja Ahmad dan dilengkapi oleh sepupunya Raja Ali Haji. Engku Ngah merupakan salah seorang anggota angkatan Riau yang menyerang Melaka pada tahun 1784, tetapi dia meninggalkan Melaka dengan beberapa orang Bugis yang lain selepas Belanda menawan Riau pada tahun 1787. Orang Bugis kemudian kembali ke Melaka, tetapi disebabkan perkelahian yang berterusan dengan orang Melayu, Engku Ngah bersama-sama beberapa orang anak raja yang lain pergi ke Selangor. Pada sekitar tahun 1804, dia membantu Selangor menyerang Perak. Sebagai ganjaran, dia diberikan hak ke atas perlombongan bijih timah di daerah Kelang. Tidak lama kemudian, Engku Ngah kembali ke Riau. Menurut Tuhfat al-Nafis, Engku Ngah dimurkai oleh orang istana kerana hubungannya dengan ulama Minangkabau dan dituduh mengamalkan tarekat.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KESULTANAN TERENGGANU

KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL

RAJA BUANG IBNI RAJA KECIL (?  -1760), Raja Siak yang kedua (1746-1747) dan (1754-1760). Raja Buang adalah anak Raja Kecil dengan Tengku Kamariah, puteri Sultan Abdul Jalil dari Johor (m.m 1699-1721). Dalam Tuhfat al-Nafis, baginda lebih dikenal sebagai Tengku Mahmud. Namun, baginda lebih dikenali umum sebagai Raja Buang. Menurut laporan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), nama baginda ialah Raja Muhamad. Ayahanda baginda ialah Raja Kecil, pengasas kerajaan Siak. Raja Kecil pernah menawan Riau pada tahun 1718 dan mendakwa baginda adalah putera Sultan Mahmud Syah (Marhum Mangkat Dijulang) yang dibunuh pada tahun 1699.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SEJARAH MELAYU

SEJARAH MELAYU, karya persejarahan Melayu klasik.  Sejarah Melayu adalah antara teks Melayu yang tertua dan karya terpenting antara beberapa teks klasik seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Banjar, Hikayat Acheh, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Patani dan Tuhfat al-Nafis.

SASTERAKarya
SULTAN SALLEHUDDIN SYAHSULTAN SALLEHUDDIN SYAH ( ? -1778), Sultan Selangor yang pertama (1756-1778). Nama sebenar baginda ialah Raja Lumu.  Baginda adalah putera Daeng Celak, Yang Dipertuan Muda Riau (1728-1745).  Pada zaman remajanya, Raja Lumu tinggal di Selangor, tempat penghijrahan orang Bugis.  Baginda kemudiannya telah dilantik sebagai pengganti ketua Bugis Selangor.  Dalam Tuhfat al-Nafis, disebut bahawa baginda bergelar Yang Dipertuan Selangor seawal tahun 1756.  Namun demikian, sehingga Raja Lumu meningkat dewasa, urusan pentadbiran negeri Selangor dijalankan oleh pemangku raja.  Selangor pada masa itu, merupakan sebuah negeri takluk Riau yang dikuasai oleh Yang Dipertuan Muda Bugis, Daeng Kemboja (1745-1777).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ENGKU HAJI

ENGKU HAJI, (1779 - ?     ), penulis. Dia lahir di Pulau Biram Dewa di Sungai Carang, Pulau Bintan. Nama sebenarnya ialah Raja Ahmad bin Raja Haji, dikenal juga sebagai Raja Hitam, putera Raja Haji yang keempat. Ibunya Encik Mariam dari Riau. Engku Haji dipercayai mengarang Tuhfat al-Nafis, yang kemudiannya dilengkapi oleh anak lelakinya, Raja Ali Haji.. Dia juga menulis beberapa karya lain, termasuklah Syair Perang Johor  yang menceritakan peperangan antara Aceh dengan Johor pada abad ke-17.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas