| OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
| IKAN TULANG | Ikan tulang hidup di perairan lautan panas. Ada dua jenis ikan tulang: ikan tulang biasa yang banyak terdapat; dan ikan tulang Hindia Barat yang ditemui hanya pada tahun 1910. | UMUM | Umum |
| OSTEOSKLEROSIS | Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang, atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa yang dikenali sebagai tulang marmar atau osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal. Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak mengalami anemia yang teruk. Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal. Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian tulang akibat jangkitan atau tumor. | UMUM | |
| SENDI SAKROILIAK | Sendi sakroiliak menyambungkan tulang belakang dengan pelvis. Tulang sakrum berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah tulang belakang muat seperti baji di antara kepak lebat tulang ilium (tulang pinggul). Ligamen dan plat daripada rawan menyambungkan tulang- tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan pada sendi sering menyebabkan kesakitan di belakang bahagian bawah belakang. | UMUM | |
| TERGELIAT | Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul . Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat daripada berlakunya renggutan mengejut yang akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat di mana-mana sendi sahaja. | UMUM | |
| OSTEOMIELITIS | Osteomielitis ialah keradangan tulang dan sumsum tulang , iaitu bahan bak jeli dalam teras tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan, biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai Stafilokokus aureus . Jangkitan sumsum tulang boleh berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun. Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria. Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan, kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya. Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan tulang dan seterusnya kecacatan. | UMUM | |
| SALURAN HAVERS | Saluran havers ialah saluran-saluran halus di dalam tisu tulang padat, iaitu lapisan luar tulang yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh darah, salur limfa (bendalir tisu), tisu perantara, dan saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari pembuluh yang lebih besar dalam periosteum (selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang. Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu tulang ini dikenali sebagai sistem osteon atau sistem havers. Osteon ialah struktur asas yang membentuk tulang padat. | UMUM | |
| OSTEOLOGI | Osteologi ialah sains yang berkaitan dengan struktur dan fungsi tulang. Ahli osteologi mengkaji tulang manusia dan haiwan. Mereka boleh menentukan saiz dan tabiat hidup haiwan prasejarah melalui tulangnya. Mereka juga boleh menyatakan umur, jantina, ketinggian dan berat manusia atau haiwan daripada tulangnya. Osteologi juga termasuk kajian tentang gangguan tulang dan penyakit tulang. Lihat juga Tulang. | UMUM | |
| TENDON | Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat, yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih. Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh manusia (gambar: Ligamen dan tendon). | UMUM | |
| PINGGUL | Pinggul ialah bahagian badan di antara badan dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang bercantum iaitu ilium, iskium dan pubis ) dan pangkal femur (tulang paha). Pangkal femur dipadankan dengan asetabulum, iaitu rongga pada tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi bebola dan rongga yang memberikan kekuatan dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi sendi ini, termasuk gluteus maksimus yang besar, bulat di belakang; gluteus medius di sisi; dan rektus femoris yang panjang bak pengikat di depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan kaki untuk berjalan dan berlari. | UMUM | |