Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tulang (kata nama)
1. Bersinonim dengan rangka: kerangka

2. Bersinonim dengan urat: bingkai, bagah,

Kata Terbitan : bertulang,

Puisi
 

Naik bukit menggali halia,
     Baik tergali tulang belut;
Kalau jadi kita berdua,
     Kita bergurau semalam suntuk.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tinggal jangat pemalut tulang.

Bermaksud :

Kurus kering. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tinggal kulit pemalut tulang, b. Tinggal tulang dengan kulit). jangat = kulit luar.

 

Lihat selanjutnya...(33)

27

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKAN TULANGIkan tulang hidup di perairan lautan panas.
Ada dua jenis ikan tulang: ikan tulang biasa yang
banyak terdapat; dan ikan tulang Hindia Barat
yang ditemui hanya pada tahun 1910.
UMUMUmum
OSTEOSKLEROSIS

Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan

dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh

melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang,

atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa

yang dikenali sebagai <i> tulang marmar i> atau

<i> osteopetrosis i> , adalah penyakit keturunan yang jarang

berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam

penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal.

Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang

mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang

membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak

mengalami anemia yang teruk.

Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi

rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal.

Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian

tulang akibat jangkitan atau tumor.

UMUM 
SENDI SAKROILIAK

Sendi sakroiliak menyambungkan tulang

belakang dengan pelvis. Tulang sakrum

berbentuk V berdekatan dengan bahagian bawah

tulang belakang muat seperti baji di antara kepak

lebat tulang <i> ilium i> (tulang pinggul). Ligamen dan

plat daripada rawan menyambungkan tulang-

tulang tersebut. Keradangan atau ketegangan

pada sendi sering menyebabkan kesakitan di

belakang bahagian bawah belakang.

UMUM 
OSTEOMIELITIS

Osteomielitis ialah keradangan tulang dan

<i> sumsum tulang i> , iaitu bahan bak jeli dalam teras

tulang. Osteomielitis disebabkan oleh jangkitan,

biasanya oleh bakteria yang dikenali sebagai

<i> Stafilokokus aureus i> . Jangkitan sumsum tulang boleh

berlaku jika seseorang mempunyai patah kompaun.

Dalam patah sedemikian, sumsum tulang boleh

terdedah kepada udara yang mengandungi bakteria.

Dalam kes-kes lain, darah membawa bakteria dari

bisul, dari tonsil yang dijangkiti, atau dari jangkitan di

bahagian lain dalam badan ke sumsum tulang. Gejala

osteomielitis akut termasuk demam, kesejukan,

kesakitan pada tulang yang dijangkiti, dan loya.

Doktor biasanya merawat jangkitan ini dengan

antibiotik. Kadangkala, penyaliran melalui

pembedahan perlu dilakukan. Kelewatan merawat

osteomielitis boleh menyebabkan pemendekan

tulang dan seterusnya kecacatan.

UMUM 
OSTEOPOROSIS

Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang

yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang

yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam

osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau

mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga

sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat

rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan

kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa

bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran

tentang kewujudannya sehinggalah berlaku

kecederaan.

UMUM 
SALURAN HAVERS

Saluran havers ialah saluran-saluran halus di

dalam <i> tisu tulang padat, i> iaitu lapisan luar tulang

yang keras. Setiap saluran mengandungi pembuluh

darah, salur <i> limfa i> (bendalir tisu), tisu perantara, dan

saraf. Pembuluh darah membawa nutrien dari

pembuluh yang lebih besar dalam <i> periosteum i>

(selaput yang menyaluti tulang) ke tisu tulang.

Lapisan tisu tulang mengelilingi setiap saluran

untuk membentuk suatu silinder. Saluran dan tisu

tulang ini dikenali sebagai <i> sistem osteon i> atau

<i> sistem havers. i> Osteon ialah struktur asas yang

membentuk tulang padat.

UMUM 
OSTEOLOGI

Osteologi ialah sains yang berkaitan dengan

struktur dan fungsi tulang. Ahli osteologi mengkaji

tulang manusia dan haiwan. Mereka boleh

menentukan saiz dan tabiat hidup haiwan prasejarah

melalui tulangnya. Mereka juga boleh menyatakan

umur, jantina, ketinggian dan berat manusia atau

haiwan daripada tulangnya. Osteologi juga termasuk

kajian tentang gangguan tulang dan penyakit tulang.

Lihat juga Tulang.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai <i> kapsul i> .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
PINGGUL

Pinggul ialah bahagian badan di antara badan

dengan paha. Sendi pinggul dibentuk oleh tulang

pinggul (yang terdiri daripada tiga tulang yang

bercantum iaitu <i> ilium, iskium i> dan <i> pubis i> ) dan

pangkal <i> femur i> (tulang paha). Pangkal femur

dipadankan dengan <i> asetabulum, i> iaitu rongga pada

tulang pinggul. Susunan ini membentuk sendi

bebola dan rongga yang memberikan kekuatan

dan membolehkan pelbagai pergerakan dalam

semua arah. Beberapa otot yang kuat mengelilingi

sendi ini, termasuk <i> gluteus maksimus i> yang besar,

bulat di belakang; <i> gluteus medius i> di sisi; dan

<i> rektus femoris i> yang panjang bak pengikat di

depan. Otot-otot ini menegakkan sendi supaya

seseorang boleh berdiri. Ia juga menggerakkan

kaki untuk berjalan dan berlari.

UMUM 
SIKU

Siku ialah sendi yang menyambungkan lengan

atas dengan lengan bawah seseorang. <i>Humerus i>–

tulang lengan atas dan <i>radius i>dan <i>ulna i>– tulang

tangan bawah – bertemu di siku. Sambungan

ketiga-tiga tulang ini membentuk tiga sendi yang

lebih kecil di dalam sendi siku. Sendi yang lebih

kecil ini membolehkan pergerakan tertentu. Sendi

humerus-ulna dan sendi humerus-radius

membolehkan seseorang membengkokkan

lengan bawah ke atas dan ke bawah. Sendi radiusulna

dan sendi humerus-radius membolehkan

seseorang memutarkan lengan bawah dan

memusingkan tapak tangan ke atas dan ke bawah.

UMUM 
12345678

Kembali ke atas