Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.lar] | تولر

Definisi : ; menular 1. membiak atau menjangkit (penyakit, benih penyakit): penyakit itu mudah ~; 2. ki merebak ke merata-rata tempat (sesuatu yg kurang baik), menjalar: apabila sikap acuh tak acuh ~ kpd seluruh masyarakat, apa-apa rancangan pun tidak akan men­dapat sambutan;menulari menular kpd, berjangkit kpd, menjangkiti: penyakit malaria yg ~ penduduk kawasan luar bandar masih belum dapat dihapuskan lagi; menularkan menjadikan menular, merebak­kan, menjangkitkan: ada antara kita yg secara sedar atau tidak sedar telah mena­nam­kan dan ~ keresahan sesama manusia; ketularan dihinggapi penyakit menular, kejangkitan; penularan perihal menular (menulari, menularkan): ~ krisis itu hanya berkisar antara beberapa orang anggota yg tertentu; penular agen (spt serangga dsb) yg menular­kan penyakit dsb: serangga itu berperanan sbg ~ penyakit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.lar] | تولر

Definisi : ; menular 1 berjangkit atau merebak (ttg penyakit atau benih penyakit): Penyakit anjing gila mudah ~. 2 ki merebak ke merata-rata (ttg sesuatu yg kurang baik). menulari berjangkit pd; menjangkiti: Penyakit taun yg ~ penduduk-penduduk di situ belum dpt dihapuskan lagi. menularkan menjadikan menular; menyebabkan berjangkit; menjangkitkan. ketularan kena penyakit menular. penularan perihal menular, menulari atau menu­larkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tular
Kata Terbitan : menular, menulari, menularkan, penularan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MPU TAN-TULAR

 

MPU TAN-TULAR (   ?  -   ?  ), pujangga istana pada zaman pemerintahan Raja Hayam Wuruk (1350-1389). Karyanya tergolong dalam kitab-kita Jawa kuno baharu. Antara hasil karyanya yang terkenal ialah Arjunawijaya Kakawin. Asal cerita Arjunawijaya Kakawin diambil daripada kitab Uttarakanda. Kitab ini ditulis dalam bahasa prosa dan terdapat banyak ayat dalam bahasa Sanskerta yang diterjemahkan ke dalam bahasa Jawa kuno.

SASTERATokoh

Kembali ke atas