Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tum.bu.han] | تومبوهن

Definisi : 1. sesuatu yg tumbuh (berkecam­bah, hidup, dll); 2. = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, berdahan, berdaun, dll), pokok: paku-pakis mempunyai beberapa sifat yg sama dgn tumbuh-tumbuhan berbunga; 3. Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bu.han] | تومبوهن

Definisi : Jk sj bisul dlm daging; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tum.bu.han] | تومبوهن

Definisi : 1 = ketumbuh sesuatu (spt bintil, ketuat) yg tumbuh atau hidup pd sesuatu yg lain. 2 = tumbuh-tumbuhan segala yg hidup dan berbatang (berakar, ber­dahan, berdaun dsb); pokok: ~ dan binatang memerlukan makanan dan air. ~ semusim tumbuh-tumbuhan yg hidup hanya satu musim (spt jagung, kacang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Cuba-cuba menanam mumbang,
     jika tumbuhan sunting (= suri,
turus) negeri.

Bermaksud :

Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGIOSPERMA

Angiosperma ialah nama yang diberi kepada

tumbuhan berbunga. Tumbuhan berbunga

ialah tumbuhan yang paling banyak di bumi

UMUM 
PHILODENDRON

Philodendron ialah nama bagi banyak spesies

dan jenis tumbuhan bak tumbuhan menjalar

berasal dari Amerika Selatan. Perkataan

philodendron bermakna pencinta pokok. Banyak

philodendron ditanam sebagai tumbuhan rumah di

atas tiang yang dibuat daripada lumut sfagnum,

kulit kayu, dan bahan-bahan lain. Tumbuhan ini

mengeluarkan akar di sepanjang batang dan akan

tumbuh pada tiang yang batangnya dibiarkan

lembap.

UMUM 
REPUT

Reput ialah gejala bagi banyak penyakit tumbuhan

apabila tumbuhan reput. Penyakit reput disebabkan

oleh bakteria atau kulat yang menjangkiti tumbuhan

dan membunuh selnya. Reput cepat memusnahkan

buah dan sayur-sayuran, tetapi penanam membantu

mencegahnya dengan menyembur tumbuhan

dengan racun serangga.

UMUM 
PUDINA

Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan.

Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat

sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang

yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang

permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi

tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang.

Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga

berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan

atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh

pada spika di hujung batang.

UMUM 
PTERIDOFIT

Pteridofit juga dikenali sebagai tumbuhan pakis ,

adalah satu daripada kumpulan tumbuhan yang

besar dan penting yang lebih mudah strukturnya

daripada tumbuhan berbunga. Pteridofit bermakna

tumbuhan pakis . Bukan semua pteridofit adalah

pakis, tetapi pakis adalah yang paling dikenali

dalam kumpulan ini. Banyak pteridofit yang lain

sedikit sebanyak kelihatan seperti pakis.

UMUM 
KELAYUAN

Kelayuan pada tumbuhan, ialah keadaan apabila

daun dan batangnya melentuk dan mati. Ia

biasanya adalah gejala penyakit tumbuhan yang

menyebabkan sel-selnya musnah. Tumbuhan akan

layu jika kekurangan air. Bakteria penyakit yang

menyebabkan kelayuan akan menyumbat saluran

yang membawa air pada tumbuhan. Banyak kulat

yang menyerang tumbuhan boleh meyebabkan

kelayuan, kadangkala dengan merembes racun ke

dalam tisu tumbuhan.

UMUM 
TARO

Taro ialah tumbuhan tropika yang dijadikan

makanan. Bahagian tumbuhan ini yang boleh

dimakan terdiri daripada satu atau lebih batang

bawah tanah yang besar dan berkanji. Tumbuhan

ini ditanam di banyak kawasan tropika yang basah

termasuk Hawaii, Kepulauan Caribbean, dan Afrika

Barat. Beberapa jenis tumbuhan ini yang berbeza

ditanam. Dikenali sebagai taro di kawasan Pasifik,

ia dikenali sebagai eddo atau dasheen di

Kepulauan Caribbean, dan cocoyam di Afrika Barat.

Taro berkaitan rapat dengan tumbuhan hiasan

yang dikenali sebagai telinga gajah dan caladium .

Pengelasan saintifik. Taro tergolong dalam famili

arum, Araceae. Ia adalah Colocasia esculenta .

Lihat juga Telinga gajah.

UMUM 
PERIUK KERA

Periuk kera ialah nama sesetengah tumbuhan

hijau yang mempunyai daun berbentuk periuk

yang menjadi perangkap serangga. Periuk kera

adalah tumbuhan insektivar, iaitu ia memakan

serangga (lihat Tumbuhan insektivar) . Seperti

lain-lain tumbuhan hijau, periuk kera membuat

makanan sendiri melalui proses fotosintesis (lihat

Fotosintesis ). Bagaimanapun, periuk kera hidup di

kawasan yang terdapat sedikit nitrogen yang

diperlukan daripada tanah. Serangga yang

diperangkap memberikan nitrogen tambahan

kepada tumbuhan ini.

UMUM 
MONSTERA

Monstera ialah nama bagi lebih kurang 20 spesies

tumbuhan menjalar yang berkayu di kawasan tropika

Amerika. Ia adalah epifit (tumbuhan yang hidup pada

tumbuhan lain). Spesies yang paling biasa, iaitu

tumbuhan rumah yang paling popular, dikenali

sebagai Swiss cheese plant. Daunnya yang matang

adalah lebar di tepi dan mungkin berlubang. Di

kawasan tropika, buah monstera dimakan. Rasanya

seakan-akan rasa pisang dan nanas.

Pengenalan saintifik. Monstera tergolong dalam

famili arum, Araceae. Spesies biasa ialah Monstera

deliciosa .

UMUM 
ASPIDISTRA

Aspidistra ialah sejenis tumbuhan yang berasal

dari Timur, tetapi ditanam secara meluas sebagai

tanaman di rumah. Oleh sebab tumbuhan ini

tumbuh dengan baik dalam keadaan yang kurang

baik, maka tumbuhan ini juga dikenal sebagai

tumbuhan besi tuangan . Daunnya banyak lagi

panjang dan berkilat-kilat. Warna daunnya itu

boleh jadi hijau tua, berjalur-jalur putih ataupun

bertompok-tompok kuning. Aspidistra berbunga

di pangkalnya dengan warna ungu keperangperangan.

Pengelasan saintifik. Aspidistra termasuk dalam

famili lili, Liliaceae. Genusnya Aspidistra elatior .

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas