DACHAU | Dachau ialah salah sebuah kem tumpuan pertama yang ditubuhkan oleh pihak Nazi di Jerman. Ia terletak berhampiran dengan bandar Dachau, 16 kilometer dari Munich. | UMUM | |
KEJURURAWATAN | Kejururawatan ialah suatu profesion yang memberi tumpuan terdapat penjagaan orang sakit dan juga pencegahan penyakit. Kebanyakan jururawat bekerja di hospital. Ada juga jururawat menjaga pesakit di kediaman pesakit sendiri. Banyak jururawat yang lain pula membantu doktor di klinik pergigian dan perubatan, di sekolah, di taman bimbingan kanak-kanak, di kedai dan kilang, dalam pasukan angkatan tentera, dan di dalam kapal, kereta api, dan kapal terbang. Jururawat dengan latihan khas boleh juga mengajar di sekolah kejururawatan, iaitu melatih lelaki dan perempuan untuk menjadi jururawat. | UMUM | |
SEKOLAH KOIR | Sekolah koir adalah pertubuhan-pertubuhan di United Kingdom yang memberi tumpuan khas kepada pendidikan kanak-kanak lelaki yang menyanyi dalam koir di upacara keagamaan harian. Sesetengah sekolah ini mengambil hanya ahli koir (koir lelaki), tetapi kebanyakan yang lain juga menerima murid-murid lain. Semua murid mendapat pendidikan am yang baik. | UMUM | |
TASBIH | Tasbih ialah kalungan manik kecil yang digunakan untuk membantu ingatan dan tumpuan semasa bersembahyang. Manik kecil ini mungkin dibuat daripada kayu, logam, atau batu. | UMUM | |
GEOLOGI PETROLEUM | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam kerak bumi. Oleh sebab kebanyakan longgokan petroleum ditemui dalam batuan sedimen, maka ilmu geologi petroleum banyak menyentuh tentang proses sedimentasi dan proses lain yang berkaitan | KEJURUTERAAN | Konsep |
ANALISIS KEROGEN | Kajian longgokan dan taburan longgokan petroleum yang wujud secara semula jadi di dalam batuan di kerak bumi. Tumpuan kajian ialah pada faktor geologi yang berperanan besar dalam mempengaruhi proses pembentukan dan longgokan petroleum di suatu tempat dalam batuan kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Konsep |
NATURALISME | Naturalisme, dalam kesusasteraan, ialah percubaan untuk menerapkan teori dan kaedah saintifik ke dalam penulisan imaginatif. Ahli alamiah memberi tumpuan kepada dunia fizikal untuk menyingkirkan benda ghaib. Naturalisme berkembang pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an, dan menjadi paling penting dalam novel dan drama. | UMUM | |
ALBERS, JOSEF | Albers, Josef (1888–1976) ialah pelukis dan guru Jerman. Albers menumpukan perhatian tentang cara warna dibuat untuk menunjukkan hubungannya dengan gambar. Untuk beberapa tahun, dia memberi tumpuan pada satu bentuk sahaja, iaitu segi empat sama. Dia menamakan lukisan segi empat samanya, Homage to the Square . | UMUM | |
MAKMAL KEBANGSAAN OAK RIDGE | Makmal Kebangsaan Oak Ridge, di Oak Ridge, Tennessee, ialah salah sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan tenaga yang terbesar di Amerika Syarikat. Kerja di makmal ini memberi tumpuan utama kepada teknologi tenaga nuklear. Penyelidik di Oak Ridge menjalankan eksperimen dengan pembelahan nuklear dan pelakuran nuklear. Makmal ini juga merupakan sumber utama radioaktif dan isotop yang stabil di Amerika Syarikat yang digunakan dalam lapangan perubatan, industri, dan penyelidikan. | UMUM | |
CHINATOWN | Chinatown. Bahagian tumpuan penduduk berketurunan Cina dalam bandar-bandar besar di negara-negara Barat terutama sekali Amerika Syarikat dan Kanada. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |