Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888. Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah diusir secara sistematik daripada kawasan tanah tengah oleh tuan tanah yang mahu memperkenalkan penternakan biri-biri ke kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian, tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang untuk tujuan memburu rusa, dan menembak burung dan menghalau penyewa lain dengan mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini ditentang oleh penyewa tersebut. |