Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tunjuk;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUSAT PENYELIDIKAN KURMA

Pusat Penyelidikan Kurma ditubuhkan pada

tahun 1402 H./1982 M. di Ahsa’ Arab Saudi. Ia

bertujuan untuk mengkaji, mempelajari,

menyelesaikan masalah dan memberi tunjuk ajar.

Pusat ini juga menjalankan kajian secara praktikal

bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan

dengan penanaman, pengeluaran dan pengilangan

kurma. Pejabat pentadbiran penyelidikan ini

terletak di pusat latihan dan kajian pertanian dan

perladangan sejauh 15 kilometer melalui jalan

Hufuf-Qatar.

UMUM 
PERBICARAAN NUREMBERG

Perbicaraan Nuremberg merupakan 13

perbicaraan yang diadakan untuk mengadili para

pemimpin Jerman kerana tindakan mereka semasa

Perang Dunia II (1939–1945). Perbicaraan ini

berlangsung dari tahun 1945 hingga tahun 1949 di

Nuremberg , Jerman, iaitu tempat Parti Nazi

mengadakan tunjuk perasaan yang besar. Parti ini

diketuai oleh diktator Adolf Hitler yang

memerintah Jerman pada masa Perang Dunia II.

UMUM 
TILMISANIY, AL-SYARIF AL-

Tilmisaniy, al-Syarif al- (710–771 H / 1310–

1370 M.), ulama fiqh dan usul fiqh bermazhab

Maliki yang mendalami ilmu-ilmu wahyu dan ilmu

akal. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn

Ahmad ibn Ali al-Alwani al-Syarif al-Tilmisani. Dia

dibesarkan di Tilmisan dalam sebuah keluarga

ilmuwan dan ternama. Dia mendapat bimbingan

serta tunjuk ajar ilmu al-Qur’an daripada al-Syeikh

Abu Zaid ibn Ya`qub dan mempelajari ilmu lain

daripada al-Qadhi Abu ‘Abdullah ibn Hadiyah al-

Qursyi, Abdullah al-Mujasi dan al-Qadhi al-Tamimi.

UMUM 
TINGKAH LAKU KOLEKTIF

Tingkah laku kolektif ialah suatu istilah dalam

bidang sosiologi yang merujuk kepada cara orang

bertindak semasa berada dalam kumpulan orang

ramai dan dalam kumpulan ramai lain yang agak

tidak tersusun. Pelbagai jenis tingkah laku kolektif

termasuk sifat kegila-gilaan, cemas dan rusuhan.

Tingkah laku kolektif sering timbul dalam situasi

yang merangsang emosi orang. Situasi tersebut

termasuk acara bersukan, tunjuk perasaan

membantah dan malapetaka.

UMUM 
NERINA, NADIA

Nerina, Nadia (1927– ) ialah penari balet yang

mendapat sanjungan daripada kebanyakan negara

di dunia kerana kecemerlangan tariannya. Dia ialah

penari balet pertama Royal Ballet, iaitu syarikat balet

British, yang mengadakan persembahan bersama-

sama dengan penari balet Bolshoi dan Kirov di

Kesatuan Soviet. Salah satu daripada peranannya

yang cemerlang ialah sebagai Lise dalam La Fille

Mal Gardee, yang dicipta khas untuknya oleh

Frederick Ashton, seorang pereka tari.

Nerina lahir di Cape Town, Afrika Selatan. Dia

belajar menari balet di London di bawah tunjuk

ajar Marie Rambert. Pada tahun 1946, Nerina

memasuki Sadler’s Wells Ballet. Pada tahun 1947,

dia menyertai Royal Ballet.

UMUM 

Kembali ke atas