Bibliothèque Nationale ialah salah sebuah perpustakaan yang terbesar di Eropah. Ia terletak di Paris, dan merupakan perpustakaan negara bagi orang Perancis. Ia adalah salah sebuah perpustakaan yang tertua dan terpenting di dunia. Perpustakaan ini menyimpan satu naskhah bagi setiap terbitan yang dicetak di Perancis. Koleksinya termasuk kira-kira 20 juta jilid bercetak, 500 000 majalah, 165 000 manuskrip, 600 000 peta, 15 juta turisan dan gambar foto dan kira-kira 400 000 syiling dan kameo. |