Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunyi spt bunyi air menitik; mengetus mengetuskan; mengetuskan mengeringkan (beras yg dibasuh dll) dgn membiarkan airnya menitik: agar-agar dibasuh dan direndamkan sebentar, kemudian barulah dituskan airnya; pengetus alat utk mengetuskan (pinggan mangkuk dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tus I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABU HAMID AL-GHAZZALIY

Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam.

Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn

Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al-

Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal

dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara

beberapa lama oleh seorang sufi yang telah

diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia

diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan

belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur

untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al-

Faramidi. Di samping itu, dia  belajar ilmu fikah

dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn.

Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah

pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085

M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian

dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad.

Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.–488

H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan

tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua

buah buku yang berjudul: <I>Maqasid al-Falasifah I>,

yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn

Sina. Buku kedua berjudul <I>Tahafut al-Falasifah I>, yang

mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina.

Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani

kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia

mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./

1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari

kematiannya.

UMUM 

Kembali ke atas