Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tu.tor] | توتور

Definisi : pembimbing mahasiswa dlm mata pelajaran tertentu di universiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tu.tor] | توتور

Definisi : pengajar atau pembimbing di universiti dsb yg bertanggungjawab kpd sebilangan pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutor (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pengajar, pensyarah, guru, jurulatih, pemudah cara, pembimbing, fasilitator.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOOT

Moot ialah istilah lama Inggeris untuk sesuatu

perjumpaan awam. Ahli-ahli pergerakan

pengakap kini kadangkala menggunakan istilah

tersebut untuk perjumpaan antarabangsa. Pelajar

undang-undang menggunakan istilah tersebut

untuk kes mahkamah olok-olok di mana pelajar

berhujah antara satu sama lain bagi pihak klien

rekaan mereka. ‘Hakim’ yang biasanya terdiri

daripada tutor undang-undang atau peguam

bertauliah, menghakimi dengan memberi komen

terhadap perkara undang-undang yang

dibangkitkan oleh para pelajar. Dalam percakapan

biasa, perkara moot bermakna perkara yang

boleh diragukan atau dipertikaikan.

UMUM 
ABU HASSAN SHAM

BIDANG: SASTERA

PENULIS: ABDUL RAHMAN KAEH

ABU HASSAN SHAM, Dato’ (1945- ), pengkaji kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 27 Julai 1945 di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abu Hassan bin Mohd. Sham. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh; Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur dan seterusnya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1966 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 1972, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Di universiti inilah dia memulakan kerjayanya sebagai tutor, pensyarah dan seterusnya dilantik sebagai profesor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya mulai Januari 1994.

SASTERATokoh

Kembali ke atas