Ohm ialah unit yang digunakan untuk mengukur rintangan terhadap laluan arus elektrik. Semua bahan merintang aliran arus elektrik. Tetapi sesetengah bahan merintang lebih kuat daripada bahan-bahan lain. Bahan yang tidak banyak merintang dinamakan pengalir . Bahan yang banyak merintang dinamakan penebat. Rintangan elektrik ( R ), diukur dalam ohm, bersamaan dengan daya elektromotif ( E ) yang menghasilkan arus elektrik, diukur dalam volt , dibahagi dengan arus ( I ), diukur dalam ampere . Ohm =<u> volt u>atau R = <u>Eu> ampere I |