ELIKSIR | Eliksir ialah satu bahan beralkohol manis yang digunakan untuk menghilangkan rasa ubat-ubatan. | UMUM | |
RESIN | Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan, sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan resin semula jadi sebahagian besarnya telah digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin, Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil yang dijumpai terpelihara bersama dengan tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai lak . | UMUM | |
CHISINAU | Chisinau (pend. 676 000) ialah ibu negara dan bandar terbesar Moldova, dahulunya Republik Soviet Moldavia. | UMUM | Ubat-Ubatan |
TERNAKAN | Ternakan adalah haiwan peliharaan jinak yang dipelihara untuk menghasilkan makanan dan hasil lain yang berharga. Kulit sesetengah ternakan menghasilkan bahan-bahan yang juga penting seperti barangan kulit dan bulu. Pelbagai organ ternakan menghasilkan ubat-ubatan bagi kegunaan orang ramai. | UMUM | |
PERTANIAN | Pertanian ialah industri yang paling penting di dunia. Industri ini menyediakan bahan makanan untuk kita. Industri pertanian juga membekalkan dua keperluan asas manusia – pakaian dan tempat tinggal. Selain itu, industri pertanian menyediakan bahan- bahan yang digunakan untuk menghasilkan banyak produk industri, seperti cat dan ubat-ubatan. Kira-kira separuh daripada tenaga kerja di dunia berkhidmat dalam bidang pertanian – jauh lebih ramai daripada industri lain. | UMUM | |
SULFONAMIDA | Sulfonamida ialah sebarang kumpulan sebatian antibakteria yang berkait secara kimia. Sulfonamida merupakan ubat pertama yang terbukti selamat dan berkesan bagi menentang banyak jangkitan bakteria biasa. Sulfonamida memainkan peranan utama dalam merawat antibakteria dari akhir tahun 1930-an hingga pertengahan tahun 1940-an, apabila penisilin dapat diperoleh dengan banyaknya. Bilangan kematian yang disebabkan banyak penyakit berjangkit menurun dengan mendadak disebabkan penemuan sulfonamida. Ubat-ubatan tersebut membantu menyelamatkan banyak nyawa semasa Perang Dunia II (1939–1945). Kini, para doktor menyarankan penggunaan sulfonamida, khususnya untuk merawat jangkitan salur kencing. | UMUM | |
PERANAN SOSIAL | Peranan sosial ialah satu set perhubungan antara seseorang dengan orang lain atau anggota kumpulannya. Tingkah laku manusia dalam peranan sosial membolehkan wujudnya kehidupan masyarakat dan ahlinya. Sebagai contoh, individu yang berperanan sebagai seorang pesakit hospital menurut arahan doktor dan bekerjasama dengan kakitangan hospital. Hasilnya, pesakit ini mendapat makanan, ubat-ubatan, dan pelbagai layanan lain daripada segolongan individu. | UMUM | |
TANSY | Tansy ialah tumbuhan yang berkaitan dengan thistle . Ia mula tumbuh liar di Eropah dan Siberia. Kini ia sering ditanam di taman dan biasanya terdapat di Amerika Utara dan New Zealand. Daun dan bunganya berasa pahit dan berbau kuat. Daunnya pernah digunakan sebagai perisa. Daunnya yang berwarna hijau tua mengeluarkan minyak yang dikenali sebagai minyak tansy . Minyak ini beracun, tetapi digunakan dalam ubat-ubatan. Bunganya berwarna kuning. Pengelasan saintifik. Tansy membentuk genus Tanacetum dalam famili Compositae (Asteraceae). | UMUM | |
TERMOS | Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma darah. | UMUM | |
MAJUN | MAKJUN, sejenis makanan kesihatan tradisional orang Melayu. Makjun dimakan oleh kaum wanita dan juga orang lelaki. Makjun dikeluarkan secara komersial dan dipasarkan dengan pelbagai jenama, misalnya Makjun Pak Tani, Makjun Khorzani dan Makjun Purba. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |