INTONASI BAHASA MELAYU | INTONASI BAHASA MELAYU, lagu atau ragam suara yang berirama dengan naik turunnya nada dalam ucapan. | BAHASA | Konsep |
ASRAF | Asraf (1927–1999), ahli bahasa dan penulis. Nama sebenarnya ialah Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab. Dia ialah tokoh yang banyak memberi sumbangan dalam pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu, khususnya dari aspek tatabahasa. Memorandum yang dikemukakan oleh Asraf dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga pada tahun 1956 yang bertajuk “Penyatuan Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia” dan dua buah kertas kerjanya yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi” dan “Bunyi Bahasa Melayu dalam Ucapan“, telah dijadikan pegangan dalam mengasaskan ejaan baru dan sebutan baku bahasa Melayu. | UMUM | |
SASTERA PERANAKAN | SASTERA PERANAKAN, bentuk sastera yang dihasilkan oleh masyarakat Cina Peranakan di Malaysia. Ia juga dikenal sebagai Sastera Baba. Masyarakat Cina Peranakan menghasilkan sastera ini pada abad ke-19, iaitu sebelum Perang dunia Kedua. Sastera ini ditulis dalam bahasa Melayu. Karya sastera peranakan banyak tersiar dalam akhbar dan majalah seperti Bintang Timur, Bintang Peranakan, Khabar Ucapan Baru dan Straits Chinese Magazine yang diterbitkan di Singapura antara tahun 1894 hingga tahun 1930. | SASTERA | Konsep |