| JAMAL UL-KIRAM II | JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32. dia lahir di Filipina. Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32. dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir. Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya. Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| AL-BAI UL-TAKJIRI | Al-Bai ul-Takjiri ialah prinsip syariah yang digunakan dalam urusan pindah milik harta yang disewa. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
| TUK KHURASAN | TUK KHURASAN (1875-1944), ulama. Dia lahir di Bhafar, Pakistan. Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Sayid Hasan bin Nur Hasan. Keluarganya berasal dari wilayah Khurasan di Iran. Mereka kemudiannya berhijrah ke Afghanistan. Semasa remaja, dia pergi ke Deoband, Uttar Pradesh, India untuk menuntut ilmu Islam di Universiti Darul Ulum ialah Syekh-ul Hindi Mahulana Mohammadul Hasan al-Deobandi (1951-1920). Antara kawan seperguruannya ialah Maulana Ubaydullah al-Sindhi (1870-1944). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |