Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ul.ser] | اولسر

Definisi : (Ubat) kerosakan pd permukaan sesuatu organ atau tisu yg mengakibatkan luka yg lambat pulih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ul.ser] | اولسر

Definisi : ist kerosakan pd permukaan sesutu organ atau tisu yg mengakibatkan luka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ulser


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERDARAHAN

Perdarahan ialah keadaan keluarnya darah dari

pembuluh darah. Perdarahan berlaku apabila

arteri, vena, atau kapilari pecah. Pecah mungkin

disebabkan oleh kecederaan, hakisan , atau

kehausan, yang terhasil melalui proses tak normal

seperti ulser, keradangan, atau kanser. Doktor

menamakan perdarahan yang teruk hemoraj.

UMUM 
MUNTAH

Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut

melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara

yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu

yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin

disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk

kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia

dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan

yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah

biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang

menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya).

UMUM 
PURSLANE

Purslane ialah nama bagi kira-kira 40 spesies

tumbuhan tahunan berdaun berisi yang melata.

Purslane biasa ialah rumpai di tanah terbiar.

Bunganya berwarna kuning dan kembang pada

waktu pagi yang cerah. Batangnya boleh tumbuh

sehingga 35 sentimeter panjangnya. Subspesies

tumbuhan ini ditanam sebagai sayur terutamanya

di Eropah. Di samping itu, purslane biasa

digunakan di India dan China sebagai herba

ubatan, terutamanya sebagai tuam untuk

membantu menyembuhkan ulser dan luka .

Pengelasan saintifik. Purslane membentuk famili

purslane, Portulacaceae.Purslane biasa ialah

Portulaca oleracea .

UMUM 

Kembali ke atas